COUPLE ISLAMIK: WUJUDKAH?
Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidak lagi bertakhta di hati
“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapa n sayang dan perhatian..
Naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.”
ZINA bukan kesudahannya....
ZINA adalah permulaannya.....
ZINA adalah NAJIS maksiat.....
Usah kita pergi jauh kepada zina fizikal.
Zina sebenarnya bermula dengan hati yang bersih.
Namun oleh kerana proses evolusi cinta berbaur nafsu menyebabkan rasa fitrah bercinta bertukar kepada daerah hitam.
Hati menjadi hitam diselubungi titik-titik noda dan dosa.
Sarat sekali dengan perasaan mazmumah.
Sukarnya untuk merubah diri.
Sukarnya untuk bertaubat
Sukarnya untuk menangis kerana Allah.
Sukarnya untuk berzikir memujiNya.
ZINA HATI
“Kami jarang berjumpa. Hanya berhubung dengan YM dan call. Cuma kadang-kadang saya merindui dia dan seringkali menatap gambar dia”.
Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam imaginasi kita.
Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.
Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium.
Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail, chatting Facebook dan sebagainya.
Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.
Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita.
Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire.
Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.
Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?
ALLAH SWT berfirman, “ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”
(al-israa' 17 : 32)
ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat.
Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.
Bagaimana?
Lihatlah sabda Rasulullah SAW ini,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.
Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

No comments:
Post a Comment