Saturday, 20 February 2016

muslimat dan cabarannya

Muslimah akhir zaman cabarannya sangat hebat dan untuk menjadi muslimah solehah, keazaman yang tinggi dan ilmu pengetahuan yang meluas diperlukan selain berharap dan berdoa kepada Allah. Di sini saya ingin kongsikan beberapa nasihat dari catatan saya dulu masa menghadiri kuliyah2 ustaz moga anda semua mendapat faedah.

Kepada semua muslimah yang saya kenal dan tak kenal, jaga2lah diri anda dari ditipu oleh orang lelaki atau sesiapa sahaja yang kamu tidak kenali. Zaman sekarang ni bak kata ustaz2 zaman fitnah, akhir zaman, hadith2 nabi SAW banyak menceritakan umat akhir zaman.

Kamu jangan terpedaya dengan ajakan orang lelaki, manis mulut orang lelaki, senyuman dan sapaan orang lelaki, ajakan dan rupa paras orang lelaki dan macam2 lagi. Orang lelaki akan buat apa sahaja kalau dia nak dapatkan anda dan ada niat buruk dengan anda wahai muslimah yang diagungkan oleh Allah.

Dirimu sangat mulia, dirimu sangat bernilai, mahal, lebih mahal dari emas, berlian, permata. Jika kamu belum bernikah, mereka tidak boleh senang2 menikmati keindahanmu melainkan mereka perlu bernikah denganmu. Islam meletakkan hukum hakam khusus untuk memelihara keagunganmu wahai kaum muslimah.

Jadikanlah dirimu sebagai muslimah mukminah kebanggaan nabi SAW, kebanggaan Asiyah isteri Fir'aun, kebanggaan isteri2 nabi dan sahabat2 nabi. Bacalah kisah-kisah wanita solehah agar kamu dapat mencontohi mereka dan jadikan mereka sebagai idola dan inspirasi kamu.

Moga Allah memudahkanmu dalam apa jua urusanmu wahai para muslimah. Rujuklah para ulama yang kamu kenal untuk bertanya hal ehwal dan hukum hakam yang berkaitan denganmu agar kamu tidak melakukan sesuatu yang kamu tidak tahu ianya berdosa.

Berusahalah mencari calon yang soleh yang menjaga agamanya kerana ianya akan membantumu untuk menjadi isteri yang solehah. Calon yang soleh tak semestinya ahli agama, tak semestinya berkopiah berserban, berjanggut, yang paling penting akhlaknya jangan kamu terpedaya dengan zahirnya, tapi jika ada akhlak dan berkopiah berjanggut dan semua sunnah lain itu lebih baik.

Jika yang dah ada calon atau dah bertunang, segerakanlah agar kamu tidak terjebak dalam maksiat dan fitnah. Bagi yang dah nikah dah bergelar isteri, pasti kamu akan nampak kekurangan suamimu selepas nikah, sabar dan terimalah kekurangan mereka, taatlah mereka, nasihat dan ingatkan mereka jika mereka lalai dan lupa, tunaikan amanahmu sebagai isteri dan layanlah suami dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment