Friday, 6 March 2015

pengertian taqwa diri


~MARI MENUJU PENGERTIAN TAQWA DIRI~

Berikutnya Allah SWT menghilangkan perasaan takut dan dukacita di dalam hati orang-orang yang bertaqwa sebagaimana yang telah dijanjikan kerana mereka adalah golongan yang paling mulia disisi Allah dan mereka tidak akan terhina. Sehubungan ini Allah berfirman:

ان المتقين في مقام امين

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada berada pada kedudukan yang mulia.
Surah al-Dukhkhan ayat 51.

Ini disebabkan taqwa itu pada asalnya bermakna takut dan memelihara diri daripada kemurkaan Allah. Oleh yang demikian Allah SWT berfirman:

ولمن خاف مقام ربه جنتان

Maksudnya: Dan orang yang takut akan keadaan berdirinya di mahkamah Tuhannya untuk dihisab disediakan baginya dua syurga. Surah ar-Rahman ayat 46.Firman Allah lagi:

واما من خاف مقام ربه ونهي النفس عن الهوي فان الجنة هي الماءوي

Maksudnya: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya untuk dihisab,serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.Surah al-Nazi’at ayat 40-41.

Allah Maha Mengetahui...
Hati anda tidak sunyi daripada dua situasi:

1. Hati seseorang yang ketika hidup didunia takut akan kemurkaan Allah,nescaya bergembira hatinya mendengar ayat-ayat Allah.Ketika ditimpa kesusahan bersabar malah aman sentosa dan redha.

2. Hati seseorang yang ketika di dunia diselimuti kelalaian dan dosa akan sentiasa diliputi kebimbangan,kekesalan dan kegelisahan. Apabila ditimpa bencana menjadi keluh kesah dan gelisah berpanjangan.Jiwa orang seperti ini sentiasa menyesali takdir dan bertambah sempit dadanya.Tentunya tidak akan terlepas mereka daripada azab Allah.
والعياذ بالله من ذلك
 
MUJAHADAH WAHAI HATIKU...BIARPUN BELUM SEMPURNA TAWQANYA DIRI KITA. JANGANLAH KITA BERPUTUS ASA DENGAN KEHENDAK-NYA.

Antaranya firman Allah:

وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu akan mencapai kejayaan.(Surah Ali Imran ayat 130)

Ia bermaksud hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dalam melaksanakan kefarduan dan menjauhi laranganNya. Allah berfirman lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 235;

وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ

Maksudnya; Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka beringat2lah kamu akan kemurkaanNya.

Sehubungan ini Allah berfirman lagi;

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Maksudnya; Dan demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia, dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.(Surah Qaf ayat 16)

Semua ayat-ayat itu memberi peringatan dan menyeru kita bangkit mengingati Allah dalam apa jua kondisi yang kita alami dan menyedarkan hati2 kita tentang pengetahuan Allah Yang Maha Meliputi segala makhlukNya. Ayat2 berikut ini memeperingatkan kita tentang perlunya berwaspada dan bersiapsiaga menghadapi cabaran hidup kepalsuan dunia yang fana ini.
Wallahualam.
~MARI MENUJU PENGERTIAN TAQWA DIRI~

Berikutnya Allah SWT menghilangkan perasaan takut dan dukacita di dalam hati orang-orang yang bertaqwa sebagaimana yang te
lah dijanjikan kerana mereka adalah golongan yang paling mulia disisi Allah dan mereka tidak akan terhina. Sehubungan ini Allah berfirman:

ان المتقين في مقام امين

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada berada pada kedudukan yang mulia.
Surah al-Dukhkhan ayat 51.

Ini disebabkan taqwa itu pada asalnya bermakna takut dan memelihara diri daripada kemurkaan Allah. Oleh yang demikian Allah SWT berfirman:

ولمن خاف مقام ربه جنتان

Maksudnya: Dan orang yang takut akan keadaan berdirinya di mahkamah Tuhannya untuk dihisab disediakan baginya dua syurga. Surah ar-Rahman ayat 46.Firman Allah lagi:

واما من خاف مقام ربه ونهي النفس عن الهوي فان الجنة هي الماءوي

Maksudnya: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya untuk dihisab,serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.Surah al-Nazi’at ayat 40-41.

Allah Maha Mengetahui...
Hati anda tidak sunyi daripada dua situasi:

1. Hati seseorang yang ketika hidup didunia takut akan kemurkaan Allah,nescaya bergembira hatinya mendengar ayat-ayat Allah.Ketika ditimpa kesusahan bersabar malah aman sentosa dan redha.

2. Hati seseorang yang ketika di dunia diselimuti kelalaian dan dosa akan sentiasa diliputi kebimbangan,kekesalan dan kegelisahan. Apabila ditimpa bencana menjadi keluh kesah dan gelisah berpanjangan.Jiwa orang seperti ini sentiasa menyesali takdir dan bertambah sempit dadanya.Tentunya tidak akan terlepas mereka daripada azab Allah.
والعياذ بالله من ذلك

MUJAHADAH WAHAI HATIKU...BIARPUN BELUM SEMPURNA TAWQANYA DIRI KITA. JANGANLAH KITA BERPUTUS ASA DENGAN KEHENDAK-NYA.

Antaranya firman Allah:

وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu akan mencapai kejayaan.(Surah Ali Imran ayat 130)

Ia bermaksud hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dalam melaksanakan kefarduan dan menjauhi laranganNya. Allah berfirman lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 235;

وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ

Maksudnya; Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka beringat2lah kamu akan kemurkaanNya.

Sehubungan ini Allah berfirman lagi;

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Maksudnya; Dan demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia, dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.(Surah Qaf ayat 16)

Semua ayat-ayat itu memberi peringatan dan menyeru kita bangkit mengingati Allah dalam apa jua kondisi yang kita alami dan menyedarkan hati2 kita tentang pengetahuan Allah Yang Maha Meliputi segala makhlukNya. Ayat2 berikut ini memeperingatkan kita tentang perlunya berwaspada dan bersiapsiaga menghadapi cabaran hidup kepalsuan dunia yang fana ini.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment