WALAUPUN
stres dikatakan ada baiknya, namun jika ia berpanjangan pasti
mengundang kemudaratan. Banyak kajian membuktikan bahawa tekanan minda
serta bebanan tanggung jawab yang banyak dan berterusan mempertingkatkan
risiko penyakit dari aspek kardiovaskular, muskular dan yang paling
membimbangkan adalah penyakit mental.
Kekuatan
mental amat penting malah minda yang sihat mampu menjana tenaga yang
maksimum. Pernahkah anda terfikir mengapa jiwa anda stres dan tidak
tenang? Cuba anda pejamkan mata, tarik nafas dan fikirkan apa yang belum
anda lakukan. Mungkinkah anda kurang memberi, bersedekah atau terlupa
menunaikan zakat.
Beberapa
hari lalu seorang pakcik keluar dari pintu bank dengan wajah ceria dan
tersenyum lebar. Saya berkata, "Wah, seronoknya pakcik!". Lantas dia
menjawab, "Mestilah seronok sebab menerima bonus daripada pelaburan
ASB". Ternyata beliau kelihatan sangat gembira. Pasti sudah ada
perancangan tertentu dengan duit yang diperolehi oleh beliau kali ini.
Ketika itu terdetik di hati saya, berapa ramaikah mereka yang menerima
habuan daripada bonus, yang cukup haul dan nisab, terfikir untuk
mengeluarkan zakat?
Sebahagian
daripada rezeki yang Allah berikan pada kita itu, ada hak orang lain.
Cuma ia diberikan melalui kita sebagai satu amanah dan tanggungjawab
yang wajib dilaksanakan.
Bagi mereka
yang biasa berzakat dan pernah merasai nikmat serta kelebihannya,
mereka ini sanggup membelanjakan harta bendanya pada jalan Allah lebih
daripada apa yang dituntut oleh agama. Bagi mereka yang terlupa
menunaikan kewajipan ini, cuba laksanakan, siapa tahu inilah rahsia jiwa
tenang yang sebenar.
Antara hikmah berzakat ialah:Jiwa tenang - Orang yang berzakat jiwanya tenang kerana dia tidak lagi merasakan yang dirinya berhutang dengan Allah.
Ramai orang
yang berduit tetapi hidupnya dalam keadaan yang keluh-kesah. Sentiasa
ada sahaja perkara yang tidak kena dalam hidupnya. Malah tidur malam pun
tidak lena. Ke mana sahaja mereka pergi terasa tidak selamat. Sebab,
hati mereka begitu terikat dengan dunia. Orang yang berzakat tidak
pernah mengalami keadaan sebegitu kerana zakat itu tanda takwa.
Murah
rezeki - Seperti yang telah Allah janjikan, mereka yang mengeluarkan
zakat akan dapati rezeki semakin luas, perniagaan semakin menjadi,
pendapatan semakin lumayan dan rezeki datang dari sumber yang tidak
mereka sangkakan.
Jauh
daripada bala dan musibah - Orang yang berzakat sebenarnya telah
menyucikan wang dan hartanya, oleh itu kekayaannya akan dilindungi
Allah. Ada ketikanya musibah dan mudarat yang berlaku itu sebagai
kifarat atas dosa atau harta yang bukan hak kita. Oleh itu, jika ujian
datang bertimpa-timpa maka sebelum dicari punca yang lain semaklah
dahulu sama ada zakat sudah ditunaikan atau belum. Jika belum
ditunaikan, maka tunaikanlah, kemudian barulah dikaji punca-punca yang
lainnya.
Tanda kita
bersyukur - Bukan semua orang wajib mengeluarkan zakat. Oleh itu apabila
kita termasuk dalam orang yang wajib berzakat maka bersyukurlah kerana
itu maknanya Allah telah berikan rezeki kepada kita lebih berbanding
dengan orang lain.
Mendapat
kasih sayang manusia dan Allah - Orang kaya yang berzakat disayangi oleh
masyarakat. Sebab wang zakat itu akan diberikan dan dapat dimanfaatkan
oleh golongan asnaf antaranya mereka yang fakir, miskin, mualaf dan
sebagainya. Malah mereka ini akan mendoakan agar orang yang mengeluarkan
zakat itu dimurahkan lagi rezekinya. Zakat menjadi jalan yang mengikat
silaturahim antara golongan kaya dengan mereka yang miskin.
No comments:
Post a Comment