Monday, 11 February 2013

tanah perkuburan Cina kg. Sungai Kapal


Tanah Perkuburan Cina di Kg Sg Kapal, Pengerang hanya beberapa meter dari projek Terminal Petroleum Laut Dalam yang sedang dibangunkan.

Asalnya, perkuburan tersebut juga mahu dipindahkan. Bulan ramadhan yang lalu, tidak kurang 300 orang penduduk yg terdiri dari ahli keluarga simati dan masyarakat cina mengadakan perhimpunan mempertahankan tanah perkuburan berkenaan. Ia berlangsung berhari2. Sebelah malam pun tidak kurang 100 orang penduduk cina yang berkawal bagi mempastikan usaha mengorek dan memindahkan kubur2 tersebut dpt digagalkan.

Masyarakat cina sangat sensitif. Bagi mereka memindahkan kubur antara perkara paling 'sial' dalam hidup. Hidup tidak berkat, berniaga tiada ong dll. Ini pegangan mereka. Mereka sanggup berkawal 24 jam pertahankan kubur, meskipun tiada kaitan darah.

Seriusnya mereka, hingga mereka sanggup mati mempertahankan kubur2 tersebut.

Akhirnya, kerajaan dan pemaju projek akur. Mereka tidak berani usik kubur orang cina. Cina MCA dan DAP ketepikan sentimen politik demi kepentingan bersama.

Beza orang melayu. Tanah Perkuburan Islam Kg Jawa yang jauh dari projek telah lebih 200 kubur tanpa waris yg dipindahkan. Tidak mendapat tentangan penduduk Islam kecuali segelintir yg pro pembangkang dan Ngo Pengerang yg diketuai Cik Anis Afida Azli. Umno, awal2 lagi menyokong kubur dipindahkan. Alasannya, pembangunan lebih utama dari kubur. Tiada sensitiviti langsung...

Sewaktu berbual dengan penduduk Kg Jawa petang tadi, spontan mereka berkata; dah Jabatan Agama nak pindahkan kubur, kita nak buat macamana?

Roh jihad orang Islam telah mati....

No comments:

Post a Comment