Monday, 11 February 2013

sifat qanaah


Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

ROSAKNYA AGAMA KERANA RAKUS HARTA DAN
AMBISI (AMBITION) KEPIMPINAN.

Qatadah dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Semua yang ada pada anak Adam dapat berubah rosak atau tua kecuali dua macam iaitu: rakus dan angan-angan."

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Yang saya sangat khuatirkan atas kamu dua macam iaitu: panjang angan-angan dan menurut hawa nafsu; kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat dan menurutkan hawa nafsu itu menghalangi dari kebenaran (hak)."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Saya memastikan adanya tiga bagi tiga iaitu: bagi orang yang sibuk didunia dan rakus (tamak) kepada dunia dan bakhil terhadap dunia pasti ia akan menderita kekurangan yang tidak ada cukupnya dan sibuk yang tidak ada hiburnya dan
risau yang tidak ada senangnya."


Tamak, rakus dan buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.
Kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya mengikut ketentuan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ” Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka “.

Panjang angan-angan- Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.

wallahualam
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
"Agama itu Nasihat"
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang mukmin.”

No comments:

Post a Comment