Sunday, 1 November 2015

TAZKIRAH UNTUK SEMUA


Allah s.w.taala telah berfirman dalam Surah Hud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113).


*****
Janganlah pula di akhirat nanti, kita menyalahkan orang lain kerana memberikan amanah kepada orang tidak amanah untuk menjadi pemimpin kita.


*******

Lihat maksud surah Al Baqarah ayat : 166

“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka”.

(Al-Baqarah 2:166)


Kita juga harus mengambil perhatian mengenai peringatan Allah kepada kita yang telah disampaikan melalui Firman Allah surah Al Baqarah ayat : 167, yangbermaksud

“Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka”.

(Al-Baqarah 2:167)


Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

(Al-Ahzaab 33:67)

No comments:

Post a Comment