Sunday, 12 May 2013

kabinet Malaysia 2013

KABINET MALAYSIA 2013

Untuk membentuk kabinet yang stabil dan memulihkan sokongan rakyat kepada BN, DS Najib memerlukan wakil dari semua kaum Cina, India dan Borneo (Sabah dan Sarawak)

Prestasi buruk MCA yang hanya memenangi 7 kerusi dan GERAKAN 1 kerusi menyulitkan DS Najib untuk membentuk kabinet. Calon-calon MCA dan GERAKAN tidak mempunyai merit yang baik. Tambahan pula MCA telah berjanji untuk tidek menerima kerusi kabinet kerana kalah teruk. Akhirnya, BN tidak mempunyai wakil Cina dan India yang mempunyai prestasi cemerlang untuk dilantik sebagai Menteri.

Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa menteri-menteri hanya boleh dilantik dari kalangan ahli Majlis Parlimen yang terdiri dari Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) atau Senator (Dewan Negara).

Komponen BN terbesar, UMNO yang mendominasi kerusi parlimen mendesak kuota yang lebih besar untuk kerusi Menteri. Kalau hal ini berlaku, ia bakal menjadikan kerusi Kabinet tidak seimbang manakala DS Najib dilihat meminggirkan bangsa lain dan bertentangan dengan konsep baharu beliau pasca PRU13, 'penyatuan nasional'.

Komponen BN Borneo juga telah mendesak kuota yang besar untuk mereka memandangkan Borneo telah menyumbang sejumlah besar kerusi penyelamat kepada BN.  Melantik terlalu ramai menteri dari Borneo akan menyebabkan protes dari semenanjung menjadi semakin meruncing. Hal ini mesti dielakkan dari berlaku kerana kedudukan BN di semenanjung sememangnya sangat terancam. Johor dan Melaka tidak lagi menjadi kubu BN.

Opsyen terakhir adalah melalui pintu senator. Amalan ini tidak menjadi tradisi dalam kabinet di Malaysia. Bahkan, menjadi Menteri melalui pintu senator dianggap memasuki kebinet melalui pintu belakang. Lebih dibimbangi lagi, pelantikan  senator sebagai menteri kabinet akan menyebabkan protes dari ahli-ahli Parlimen BN yang menang dalam PRU13. Keadaan mungkin akan menjadi lebih buruk kerana sudah ada 'ugutan' lompat parti andainya 'mereka' tidak diberi 'tempat' sewajarnya.

Setelah ditimpa sindrom kerajaan 47%, DS Najib pasti sedang pening memikirkan hal ini. Isu penipuan SPR belim terjawab sepenuhnya. Ditambah pula dengan himpunan Stadium Kelana Jaya 08.05.13 mencatatkan bilangan luar jangkaan yang sangat besar.

Ditelan mati bapa, Dimuntah mati Ibu.
Siapa suruh kamu menipu. :-)

No comments:

Post a Comment