TAZKIRAH:
Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu
Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini s ama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.
Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mere ka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.
Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua,mereka mestimenghormati iu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.
Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan ole menantu lelaki.Mengbaikan eoran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri di abaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.
Bagi sesetengah pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflikantara suami dan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga,maka mertua dan enantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi,contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya.
Sebagai menantu perempuan kia kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibu bapanya, ibu bapa mertua,dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.
Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada,agar tida hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami, mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh.Dan untuk mencapai hasrat itu, suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.
Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yangterlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.
Persoalannya, bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?
**Cara mewujudkan hubungan yang baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:
~ Tips Buat MENANTU
1. Berdamai dengan diri sendiri:
- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: ”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.
Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudakan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbgai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pmikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.
2. Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:
- Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan ,pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak,sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik,segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.
3. Menyamakan ibu bapa pasangan dengan ibu atau bapa sendiri
- Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.
Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.
Menantu juga hendaklah menunjukkan siakp bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.
~ Tips Buat MERTUA
1. Penghargaan kita kepada menantu itu.
- Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun, jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.
2. Memberi ruang kepada anak menantu menentukan arah dan perjalanan kehidupan berumahtangga mereka.
- Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.
3. Mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga.
- Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda.Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam,kita boleh menerima saranan mereka.
4. Erat silaturrahim dengan keluarga menantu.
- Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.
5. Mengambil tahu apa yang disukai menantu
- Mertua juga perlulah mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.
6. Mengambil berat terhadap menantu
- Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.
7. Tidak membeza-bezakan menantu dengan anak kandung.
- Mertua yang baik adalah mertua yang tidak membeza-bezakan anak sendiri dengan menantu. Jika mertua telah menerima pilihan anaknya, maka mertua perlulah bertindak melayan menantu seperti anak sendiri. Jangan sesekali melebihkan anak sendiri dari menantu sehingga membuatkan menantu berkecil hati..:)

No comments:
Post a Comment