Saturday, 20 February 2016

tanda pasangan anda curang


10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang

Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila sa
lah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus .

Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda


1.Kurang memberi perhatian terhadap diri anda


Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.


2.Menghabiskan masa banyak ditempat kerja


Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.


3.Tidak berminat dengan persekitaran dirumah


Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.


4.Bau


Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.


5.Perubahan gaya hidup secara mendadak


Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.


6.Menjawab panggilan telefon secara sembunyi


Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.


7.Melayari internet sehingga tengah malam


Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.


8.Perubahan terhadap hubungan intim


Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.


9.Bil pembayaran yang luar biasa


Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.


10.Tidak memakai cincin yang diberikan


Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.


Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.


No comments:

Post a Comment