Seorang
muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh
para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi
kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab
adalah simbol kemunduran dan ketinggalan
zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada
zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah
pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai
baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran
dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran.
Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang
mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah
bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih
maju".
No comments:
Post a Comment