Monday, 20 May 2013

sabda Rasulullah SAW.


ALLAH SWT AKAN MEMBANGKITKAN PADA HARI KIAMAT BEBERAPA GOLONGAN YANG WAJAH MEREKA BERCAHAYA.

Dari Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :


"Allah SWT akan membangkitkan pada hari kiamat berberapa golongan yang bercahaya wajah merek
a ( cahaya yang bergemerlapan ). Mereka berada di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemburui ( mengagumi ) mereka, sedangkan mereka itu bukan para Nabi SAW dan bukan juga para syuhada. Maka, seorang Badwi berkata, 'Ya Rasulullah, terangkan pada kami sifat-sifat mulia mereka supaya dapat kami mengenali mereka.' Rasulullah SAW bersabda : 'Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum dan berlainan tempat, mereka berkasih sayang semata-mata kerana Allah, mereka berkumpul untuk mengingati Allah dan menyebut nama-Nya.'"

( H.R Ath-Thabrani. )

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan para pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang-orang yang bijak. ( Iaitu ) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( sambil berkata ), 'Wahai Tuhan kami ! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.'"

( Quran, Surah Ali-Imran, Ayat : 190-191 )

~ semoga bermanfaat pada diriku sendiri, begitu juga buat teman para sahabat yang lain, In Shaa Allah. ~


No comments:

Post a Comment