Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta
PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zai di Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.
Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari
Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga
Siasatan TUDM di sini.
“Surat arahan telah dikeluarkan oleh
TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta
tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga
Siasatan berhubung kes saya, ” beritahunya kepada Harakahdaily.
Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut
malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah
No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang
dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.
Dua hari lepas
Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim
membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai
Utara di Kepala Batas.
Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal
yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal
luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan
seminggu.
Harakahdaily.net
P/s: usah gentar, hari Ahad ini rakyat Malaysia akan mengajar Umno/BN siapa sebenarnya BOS di negara ini!!
Ini kalilah kita tumbangkan keangkuhan pemerintah zalim ini!
No comments:
Post a Comment