Wednesday, 22 May 2013

integriti negara-Raja Nazrin


Raja Nazrin: Integriti negara diperkasa berteraskan undang-undang

PUTRAJAYA (20.05.13)- Integriti akan dapat diperkasakan jika pentadbiran negara diteraskan atas tiang perundangan dan diperkuat kuasa tanpa gentar, pilih kasih, halangan dan
campur tangan politik, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini.

Baginda bertitah kesungguhan dan ketegasan pemimpin menangani rasuah sebenarnya akan lebih mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemimpin.


"Di samping membina imej positif kerajaan, ia juga akan meningkatkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin, sekali gus meningkatkan integriti pemimpin di mata rakyat," titah baginda semasa merasmikan Konvensyen Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di sini hari ini.


Baginda bertitah adalah menjadi harapan dan hasrat rakyat bahawa pentadbiran negara bersih, berintegriti dan sifar rasuah.


Titah baginda, rakyat mahu bukti dengan contoh teladan daripada pemimpin, justeru pemimpin perlu kembali berpegang pada yang nyata dan mengambil contoh teladan baik daripada pemimpin terdahulu yang pemergian mereka ditangisi rakyat.


"Anggota perkhidmatan awam hendaklah diasuh berani berkata benar agar yang condong dapat segera ditegakkan, yang tiris dapat segera ditampal.


Keberanian menyatakan kebenaran meski dimarahi, meski tidak disukai, melambangkan integriti," titah baginda.


Baginda juga mengingatkan bahawa godaan menghakis integriti hari ini, lebih pelbagai wajahnya dengan berbentuk pangkat, gelaran, wang ringgit, percutian dan lebih membimbangkan bertopengkan agama seperti keraian berbuka puasa di hotel lima bintang dan pakej umrah.


Raja Dr Nazrin dalam titah baginda turut memetik kajian kes negara Filipina, India dan Jepun berkaitan senario rasuah di negara masing-masing sebagai contoh.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Integritidapatdiperkasajikapentadbirannegaraditeraskanatasundang-undang_RajaNazrin/Article/

No comments:

Post a Comment