Thursday, 2 May 2013

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Membaca berita kes dakwat kekal yg dikatakan boleh dihilangkan itu mungkin berpunca dari pegawai TIDAK GONCANG botol dakwat se
belum guna. Saya menggeleng kepala dengar penjelasan begini. Tahap profesionalisme yang menyedihkan.

Amanah menjadi SPR adalah besar dan penting buat rakyat. Pengabaian dan ambil ringan amanah ini bakal menyusahkan kamu di akhirat. beringatlah. Ini bukan kes sokong mana-mana parti, semua calon, parti dan rakyat mengharapkan pengundian telus dan tiada peluang menipu undi. Kalau petugas itu salah kerana tidak GONCANG, siapa yang perlu pantau step by step? ada manualkah ? taklimat dah diberi? dah cuba ke dakwat dalam situasi goncang dan tak goncang boleh dihilangkan dari sebelum pilihanraya lagi, ini tidak, rupanya SPR baru nak cuba SEMALAM (sebagaimana disebut dalam laporan berita BERNAMA) dan banyak lagi senarai semakan perlu. Semua check list ini perlu ada dari awal.

Jika tak dipatuhi siapa patut bertanggungjawab, petugas SPR atau Pengerusi SPR terus?. Gaji petugas dan pegawai SPR semua dari cukai yang kami bayar. Kami inginkan profesionalisme tanpa kira parti. BN dan PR, keduanya pastinya tidak suka kerja sambil lewa dan tidak mengotakan janji dakwat bersifat kekal. Syaa tahu, banyak tapisan lain untuk elak seseorang menipu TAPI bila dah diwarwar ia kekal sehingga 3 hari. Kena betul la fakta itu, sama ada goncang atau tidak.

No comments:

Post a Comment