![]() |
Saya sendiri akan mengetuai pasukan ini yang terdiri daripada aktivis, pengalisa-pengalisa politik dan pengalisa statistik. Selain daripada mengambil keterangan daripada calon-calon & jentera di kawasan yang keputusan dipertikaikan, kami sedang memantau maklumat-maklumat yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia di laman Facebook, Twitter dan website. Bagi mereka yang ingin kemukan bukti-bukti tambahan samada dalam bentuk video, gambar atau laporan boleh emel kepada siasatpru13@gmail.com . Dakwaan penipuan dan penyelewengan PRU13 melibatkan undi awal, pengundi hantu, proses pembuangan undi, prose pengiraan undi dan lain-lain yang berkaitan dengan perjalanan PRU13.
Bagi membuktikan dakwaan tersebut, kami memadankan bukti-bukti yang dikemukan oleh rakyat dengan analisis empirikal secara terperinci keputusan PRU13 mengikut kawasan. Kami akan bersama-sama dengan pasukan DAP dan PAS disamping bekerjasama rapat dengan tribunal rakyat BERSIH. Hasil siasatan akan dibentangkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam beberapa minggu ini dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment