Wednesday 5 February 2014

al-qias

SUMBER KEEMPAT: AL- QIAS

Pengertian

Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran atau al-Hadith atau ijmak ulama dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan pada illah (sebab) hukum.


Kedudukan Qias

Firman Allah Taala :


Ertinya :
 "Maka ambillah pelajaran (dari peristiwa itu ) wahai orang-orang yang berakal fikiran”.                                                                                                               (Al-Hasyr : 2)

Ayat ini menyarankan supaya mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku. Ini juga boleh difahami supaya menentukan hukum bagi masalah yang baru berlaku dengan mengambil iktibar daripada masalah yang telah ditentukan hukumnya.

Menurut pendapat jumhur ulama, qias menjadi hujjah (dalil) bagi hukum-hukum agama yang bersifat amaliah. Qias menduduki tempat yang keempat dalam urutan sumber-sumber hukum.

Rukun Qias 

1. Al-Aslu (Perkara asal iaitu perkara yang telah dijelaskan hukumnya samada dalam al-Quran atau hadis)
2. Al-Far'u (Perkara baharu iaitu perkara yang tidak dijelaskan hukumnya samada dalam al-Quran atau hadis)
3. Hukum Al-Aslu
4. Illah (Sebab hukum)

Contoh qias

1.            Wajib zakat padi qias dengan zakat gandum dengan illah makanan asasi.
2.            Mengqiaskan harta kanak-kanak kepada harta orang dewasa tentang status hukumnya sama-sama wajib dikeluarkan zakatnya oleh kerana kedudukannya adalah sama dalam kedudukannya sebagai harta.
3.     Mengqiaskan hukum dadah dengan arak (HARAM) kerana ia boleh menghilangkan kewarasan akal.

No comments:

Post a Comment