![]() |
[Perkongsian Ilmu]
Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
Daripada Ibn Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Islam itu ditegakkan di atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan." (Hadis Riwayat Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16)
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apa pendapat kamu jika di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu ada sebatang sungai yang mengalir, lalu dia mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih ada kotoran yang masih melekat di tubuhnya?' Para sahabat menjawab, 'Tentu tidak ada sedikit pun kotoran yang melekat di tubuhnya.' Baginda bersabda, 'Seperti itulah perumpamaan solat lima waktu yang dengannya Allah akan menghapus dosa-dosa kamu." (Hadis Riwayat Bukhari no. 505 dan Muslim no. 667)
Solat merupakan suatu kefardhuan atas setiap umat Islam. Maka wajarkah kita mengingkari akan perintah Allah SWT? Sedarilah bahawa mempunyai perbezaan antara orang yang beriman dan yang syirik serta kufur selaras dengan sebuah hadis, Daripada Jabir r.a., beliau berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya beza antara seseorang dan syirik serta kufur adalah meninggalkan solat." (Hadis Riwayat Muslim no. 82)
Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke arah kebenaranNya. InsyaAllah. Tabarakallah. Wallahua'alam.

No comments:
Post a Comment