Saturday, 20 April 2013

PR Perak


Lot kediaman: PR Perak tawar hak milik kekal

IPOH: ‘Telus, Amanah, Kebajikan, Wawasan, Adil’ adalah janji Pakatan Rakyat Rakyat kepada rakyat di negeri ini.


Demikian diumumkan pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak di sebuah hote
l di sini, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat Negeri termasuklah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Persuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. (Gambar atas)


Hadir sama ialah bakal-bakal calon Pakatan Rakyat dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) serta ratusan penyokong.


Pelbagai tawaran menarik disajikan kepada rakyat antaranya berkomitmen membasmikan keluarga miskin tegar dengan bantuan bulanan supaya pendapatan isi rumah mencapai sekurang-kurangnya RM760 sebulan.


Setiap Dun akan diperuntukkan sebanyak RM250,000 setahun tanpa mengira fahaman politik bagi projek-projek kecil dan program kebajikan rakyat.


Selain itu, 20 meter padu air percuma akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan isu rumah kurang daripada RM1,000 sebulan.


Pakatan Rakyat juga akan membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit kediaman baharu untuk 5 tahun dengan membuka kampong tersusun baharu.


Dalam manifesto itu juga, Pakatan Rakyat juga akan menawarkan surat hak milik kekal kepada rakyat yang sedang menduduki lot kediaman di kampung tersusun, kampung baru dan peneroka kampung tradisional.


Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memperluas urusan kontrak kerajaan melalui tender terbuka yang telus dan sistem perolehan kerajaan melalui sistem E-Tender.


Sistem demokrasi juga akan disegarkan dengan mengadakan pemilihan ketua kampung dan membebaskan hak penggunaan premis kerajaan kepada semua pertubuhan sah tanpa batasan kaum, agama dan politik.


Nasib Orang Asal akan dibela dengan memberikan hak milik kekal kepada keluarga yang layak disamping berusaha menyediakan bantuan makanan kepada warga tua dan miskin tegar.


Pakatan Rakyat akan mengupayakan belia dengan meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak-anak Perak yang layak di samping menawarkan biasiswa khas bagi melanjutkan di peringkat PhD.


Dari aspek memartabatkan Islam, Pakatan Rakyat akan mengekalkan status dan menaik taraf kemudahan di semua sekolah agama kerajaan negeri seperti SM Izzuddin, SM Taayah dan SM Raja Nazrin disamping menubuhkan Akademi Latihan Imam bagi melahirkan imam yang mencukupi dan berkelayakan bagi seluruh masjid di negeri Perak.


Penghafaz Al-Quran juga akan disediakan insentif khas dan memberi peluang pekerjaan tanda pengiktirafan kepada mereka.


Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan unit latihan pengurusan masjid yang moden dan sistematik bagi meningkatkan fungsi masjid sebagai pusat kecemerlangan ummah khsus dalam bidang pendidikan, dakwah dan kebajikan.


Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18304-lot-kediaman-pr-perak-tawar-hak-milik-kekal

No comments:

Post a Comment