Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.
Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Antara mereka yang ditahan ialah :
Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar- Presiden Aliran
Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
Dato Lee Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee - Naib Presiden MCA dan Perak
Kua Kia Soong- Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam
Lim Fong Seng Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO .
Kontroversi
Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.
Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.
No comments:
Post a Comment