Friday, 26 April 2013

Mahathir Mohamad takut dengan kemenangan PR


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kepada rakyat Johor untuk tidak membenarkan sama sekali calon Pakatan Rakyat (PR) menang sama ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ketika berucap dalam program bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

katanya rekod dan prestasi Johor sebagai 'deposit tetap' Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan.beliau juga menyifatkan Johor sebagai contoh negara dan Dr Mahathir berbangga dengan rakyat Johor dan pencapaian pada pilihan raya umum terdahulu kerana terus menyokong serta memilih BN pada tiap-tiap pilihan raya umum dan kemenangan diraih adalah 100 peratus.

Mungkinkah kenyataan Dr Mahathir ini hanya untuk menyenangkan dan menyedapkan hati penyokong tegar UMNO?hakikatnya rakyat JOHOR sudah mula menolak kerajaan UMNO dan menganggap UMNO BN masakini sudah tidak relevan dan gagal membela rakyat???

Mungkin juga Tun Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa akhirnya JOHOR sebagai kubu kuat UMNO BN akan bolos juga akhirnya sehingga akan menjadi kubur tanpa batu nisan???

No comments:

Post a Comment