1. Semasa UMNO perintah Kedah, 2,000 ekar tanah dirampas di Kerpan & diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Ogos 1996, Tan Sri Sanusi Junid (MB Kedah waktu itu) memberitahu bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah terlepas ke pihak luar.
2. UMNO mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberikan hak keapda warga Singapura memasuki WPI ini tanpa pemeriksaan imigresen sebagaimana sepatutnya. Dalam wilayah ini, 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) terlibat yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda.
3. Tanah rezab Melayu berkurangan dari dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah telah susut dengan kadar 1.2% setahun.
4. UMNO menggadaikan tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura yang tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Akibat 'kecerdikan' UMNO, tanah pusaka ini diserahkan kepada Singapura dengan gantian tanah yang mempunyai nilaian jauh lebih rendah.
Percayakah lagi kepada UTUSAN?
No comments:
Post a Comment