Saturday, April 20, 2013.
PECAH BERITA! ENAM Calon Pakatan Rakyat Sudah Menang Tanpa Bertanding?
Ini berita yang baru diterima setengah jam lepas.
Seorang ketua bahagian Umno di selatan tanah air memaklumkan bahawa
setakat ini enam calon Pakatan Rakyat dipercayai menang tanpa
bertanding.
Ini termasuk seorang calon Barisan Nasional (BN) di
salah satu DUN dalam parlimen Batu Pahat yang dikatakan ditolak kertas
pencalonannya kerana masih lagi dalam status muflis.
Namanya dipercayai masih tersenarai dalam Jabatan Insolvensi Malaysia dan masih belum dibersihkan.
Pegawai pengurus pilihanraya yang bertugas difahamkan telah menolak
borang pencalonannay menyebabkan calon Pakatan Rakyat menang tanpa
bertanding.
Sekiranya maklumat ini disahkan, ini bermakna Umno
bakal kehilangan lebih banyak sokongan di seluruh negara kerana setakat
ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum mengeluarkan senarai
terkini calon yang disahkan bertanding di laman webnya.
Pasukan
Jalan Pulang sedang mencari sumber kedua untuk disahkan apakah enam
calon Pakatan Rakyat benar-benar sudah menang tanpa bertanding.
Lagi maklumat lanjut menyusul.
TAKBIR!
No comments:
Post a Comment