Thursday, 7 March 2013

orang-orang yang beriman



Allah memuji orang-orang yang beriman di dalam firman-Nya;

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka m emikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”. (QS Al-Imran:191)

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d ayat 28)

Ketahuilah, antara faedah berzikir;

1. Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,
2. Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang ingat kepada-Nya,
3. Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,
4. Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,
5. Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)

Yuk..berzikir ^_^*. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar. Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

No comments:

Post a Comment