Friday, 1 January 2016

cinta ada tiga jenis.....

Cinta..adalah fitrah manusia yang mana ia adalah sesuatu yang terlalu subjektif membuatkan kita sukar untuk mengukur tahap kecintaan kita terhadap sesuatu..dan kita juga boleh katakana ia sesuatu perasaan yang aneh yg wujud dalam diri kita…

Menurut Ibnul Qayyum, CINTA ada 3 jenis,

Pertama, kadangkala ia menjadi seperti SINGA DAN PEDANG..

Tatkala cinta menjadi SINGA DAN PEDANG, ia membawa:
Pengecut jadi pemberani,
Bakhil jadi pemurah,
Bodoh jadi pintar,
Gagap jadi fasih,
Pengarang jadi tajam penanya,
Lemah jadi kuat,
Kesedihan jadi kegembiraan.

Tatkala tepat siapa yang patut dicintai. Tepat matlamat cinta . tepat pengurusan cinta . cinta ini menjadi kemuliaan dunia dan akhirat. Inilah cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya. Begitu juga cintakan sesuatu seperti Ibu Bapa, Suami, Isteri, anak-anak dan harta hanya kerana Allah.

Kedua, BENCANA BESAR..

Tatkala cinta menjadi , BENCANA BESAR ia membawa :
Pemimpin besar menjadi hina.
Orang terkenal jadi papa kedana.

Tatkala cinta disalur buka pada tempatnya yang terhormat. Sebaliknya, diumbar sewenang-wenangnya dengan jalan zina dan maksiat. Cinta ini menjadi kehinaan di dunia dan akhirat.

Ketiga, ARAK YANG MEMABUKKAN..

Tatkala cinta menjadi arak yang memabukkan, ia membawa kepada:
Telinga tuli daripada nasihat.
Mata hanya mencari peluang bermaksiat.
Hati abaikan ingatan Tuhan pemberi nikmat.

Tatkala itu, cinta dirasakan ada manfaat, padahal mudaratnya besar. Apa yang dikatakan “Cinta”, sepatutnya mulai, tapi kini dekat dengan nafsu, umbaran syahwat dan perzinaan. Inilah cinta yang dimainkan oleh orang yang konsep diri dan konsep hidupnya tidak jelas. Lalu, tidak meletakkan cinta kena pada tempatnya.

Bagaikan peminum arak, bagilah seguni nasihat sekalipun tidak berguna lagi. Akalnya tidak waras menilai mana palsu dan mana hakiki.

No comments:

Post a Comment