Kenapa
pula rakyat ditakut-takutkan supaya tidak boleh menukarkan
kerajaan?Padahal fenomena ini biasa berlaku kepada negara-negara lain
tetap stabil dari segi keamanan dan kemakmuran ekonomi yang dikecapi
selama ini dapat dirasai oleh rakyat
begitu selesa dibawah kerajaan yang baru selepas kerajaan lama
ditumbangkan.Mereka ini sebenarnya dikalangan penguasa begitu takut
dengan ancaman yang dihadapi selepas tumbangnya kekuasaan mereka selepas
keputusan pilihanraya menyebabkan mereka akan dibicara di mahkamah dan
seterusnya dihumbankan ke dalam penjara kerana terdapat beberapa
kesalahan mereka dahulu lakukan.Walhal,Islam menolak falsafah
Macheaveliance iaitu"MATLAMAT YANG MENGHALALKAN CARA"dalam penerapan
sistem pentadbiran negara sepertimana yang telah dilakukan oleh
pemerintah yang zalim mahukan segala-galanya sehingga hasratnya
tercapai.Mereka patut sedar bahawa mereka diberi amanah oleh
rakyat.......Lihatlah sekarang negeri-negeri yang diperintah oleh
pakatan rakyat seperti Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.Mengapakah
negeri-negeri ini dapat pujian daripada Ketua Audit Negara dari segi
kecekapan ekonomi negeri tersebut dan pelaburan langsung asing terus
meningkat?Rakyat diwajibkan melakukan perubahan sekiranya terdapat
kerosakan dari segi sistem kehakiman yang tidak adil,pembaziran wang
rakyat dan salahlaku pemimpin-pemimpin yang mengakibatkan kesengsaraan
orang-orang bawahan..............
No comments:
Post a Comment