Tempoh 14 hari untuk Kerajaan Persekutuan memberi maklum balas kepada
hasrat Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih perkhidmatan air akan
tamat minggu hadapan.
Oleh itu kita menyeru Kerajaan
Persekutuan untuk bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan
semula industri air ini melibatkan kepentingan rakyat.
Kerajaan Negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat
komersil. Ini adalah kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak
iaitu Syabas, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya
adalah rakyat. Urusniaga sepatutnya tidak boleh berpaksikan keuntungan
semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan.
Justeru kita menyeru kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau
saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas
menerima tawaran kerajaan Selangor.
Kita sudah menyediakan
surat tawaran kepada syarikat konsesi dan kita berharap mereka tidak
menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini. Kita
berulang kali menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara
ini kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pampasan yang
sewajarnya.
Kita akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai
pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan negeri selepas
mengambilalih perkhidmatan air ini pada Forum Air Untuk Rakyat yang akan
diadakan selama 10 hari bermula 18 Febuari sehingga 28 Februari di
seluruh negeri.
Antara speaker yang terlibat ialah Ahli
Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang,
Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar,;Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.
Kita akan mengiklankan tarikh dan tempat forum air ini akan diadakan di
beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat
persediaan awal. Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air ini
sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung
isu air di Selangor dan Lembah Klang.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
P/S : Apa kata Kerajaan Pusat...nak dalih lagi ker...tawaran dah
dikemukakan....tinggal kata YER jer...janganlah kata NO kesian kat
Najib...kikikiki
Tempoh 14 hari untuk Kerajaan Persekutuan memberi maklum balas kepada hasrat Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih perkhidmatan air akan tamat minggu hadapan.
Oleh itu kita menyeru Kerajaan Persekutuan untuk bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan semula industri air ini melibatkan kepentingan rakyat.
Kerajaan Negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil. Ini adalah kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat. Urusniaga sepatutnya tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan.
Justeru kita menyeru kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas menerima tawaran kerajaan Selangor.
Kita sudah menyediakan surat tawaran kepada syarikat konsesi dan kita berharap mereka tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini. Kita berulang kali menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara ini kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya.
Kita akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan negeri selepas mengambilalih perkhidmatan air ini pada Forum Air Untuk Rakyat yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Febuari sehingga 28 Februari di seluruh negeri.
Antara speaker yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar,;Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.
Kita akan mengiklankan tarikh dan tempat forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal. Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air ini sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
P/S : Apa kata Kerajaan Pusat...nak dalih lagi ker...tawaran dah dikemukakan....tinggal kata YER jer...janganlah kata NO kesian kat Najib...kikikiki
No comments:
Post a Comment