Thursday, 14 February 2013

panjang angan-angan melalaikan ummah beramal

~Daripada Abdullah ( Ibnu Mas'ud ) katanya, Rasulullah S.A.W membuat satu garisan berbentuk segi empat. Kemudian Baginda menggariskan satu garisan dari tengah sehingga keluar dari rajah segi empat itu. Kemudian Baginda membuat garisan kecil dari garisan tengah itu. Baginda bersabda : "Ini adalah ( gambaran ) manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal maut yang melingkungi manusia. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula akan menggigitnya, jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya."~( H.R Al-Bukhari ) ~'LARANG PANJANG ANGAN-ANGAN'...Islam melarang manusia daripada panjang angan-angan kerana ia akan melalaikan daripada beramal dan beribadat kepada Allah. Umat Islam hendaklah berhati-hati melakukan sesuatu urusan supaya segala tingkahlaku yang dilakukan tidak menjadi sia-sia. Manusia suka berangan-angan panjang, oleh itu hendaklah kita berwaspada jangan sampai melekakan dan melalaikan sehingga akhir hayat. Bagaimanapun, apabila berdepan dengan kesusahan, kita digalakkan beristigfar supaya lebih terasa dekat dengan Allah S.W.T. 'ADANYA JALAN KELUAR'...Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang sentiasa beristigfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka."~ H.R Abu Daud ~ Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa beristighfar. Ini kerana kita semua tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku. Justeru itu buangkanlah sifat panjang angan-angan dan digantikan dengan usaha, doa dan bertawakal pada Allah S.W.T, In Sha Allah, dengan izin serta rahmat-Nya, kita bukan saja akan diberi kejayaan, malahan kita akan mendapat kemenangan menangani semua mehnah dunia.~ Muhasabah diri hamba sendiri ~

No comments:

Post a Comment