Friday, 15 February 2013

muhasabah diri


Malu juga antara penyebab seseorang itu boleh memasuki Syurga, malulah berbuat dosa.

Ada satu kisah, seorang bapa yang tidak taat kepada ALLAH SWT, tidak pernah menunaikan apa yang ALLAH SWT perintahkan.


Pada suatu hari dia berpesan kepada anaknya, "Wahai anak, apabila aku mati esok, kau potong-potonglah mayat aku, lalu kau bakar, apabila sudah menjadi abu kau buangkan abu tersebut pada dua laut
yang berbeza tempat."

Setelah bapanya meninggal dunia, anak dia pun melakukan seperti mana yang telah di wasiatkan.


Namun dengan kuasa ALLAH SWT, abu yang dipisahkan bercantum semula ditengah laut.


Tiba hari pertemuan dengan ALLAH SWT, ALLAH memanggilnya (bapa tersebut) dan bertanya, "Mengapa engkau melakukan sedemikian? Mengapa engkau menyuruh anak engkau memotong-motongkan mayat engkau kemudian di bakar?"


Bapa tersebut menjawab, "Ya ALLAH, aku malu dengan engkau."


ALLAH bertanya, "Malu? Sebab itu saja?"


Bapa itu menjawab, "Ya wahai ALLAH, aku malu kerana sewaktu aku hidup aku tidak taat kepada-Mu."


Kemudian ALLAH SWT berkata, "Masuklah kau ke dalam Syurga-Ku."


سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله و لله أكبر


Wallahu a’lam


Dikisahkan oleh Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhariy

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

No comments:

Post a Comment