Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh
Nik Abdul Aziz menegaskan, ahli-ahli dan penyokong PAS jangan hanya melawan Umno kerana mahu menang dalam pilihanraya semata-mata.
Sebaliknya menurut beliau, PAS wajib mengalahkan Umno kerana dengan kuasa yang ada pada Umno, banyak berlaku kerosakkan di negara ini.
"Kita berlawan dengan Umno...... (tapi) jangan berlawan dengan Umno kerana hanya nak menang, kalau sekadar nak memerintah Terengganu, kalau sekadar minat politik (kita lawan Umno) tak ada pahala,
"(sebaliknya) kita lawan Umno kerana, Umno dengan kuasa yang ada banyak dia buat (melakukakan) kerosakkan (di negara ini),"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Xpressi Anak-anak Muda PAS Kuala Nerus di dataran Batu Enam dekat sini pada Khamis malam, 31 Januari lalu.
Beliau berkata, antara kerosakan yang dilakukan oleh Umno danlah melaksanakan perkara-perkara fasiq dan mungkar, termasuk melakukan kezaliman diatas muka bumi.
Menurutnya, antara kezaliman Umno ialah mengajar rakyat, wang yang diperolehi dari hasil negara adalah milik pemerintah yang bebas dibelanjakan oleh kerajaan yang diberi kuasa oleh rakyat.
Sebaliknya kata beliau, Islam dan PAS mengajar rakyat harta diatas muka bumi adalah milik Allah yang mesti dibelanjakan untuk rakyat dan bukannya dibelanjakan oleh Umno ikut sesuka hatinya.
"Perlunya kembali kepada Allah kembali kepada ajaran Islam, InsyaAllah pemerintahan (Umno) yang kita akan tukar dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang ini (akan) menjadi semakin lama semakin orang dekat kepada Islam,"
"(parti-parti dalam) Pakatan Rakyat yang nak ganti Umno ini emuanya sedar bahawa kekayaan (hasil negara) adalah kekayaan rakyat,"jelanya.
Kata beliau, Umno yang memerintah pada hari ini tidak merasakan kekayaan negara adalah kekayaan rakyat tetapi adalah kekayaan Umno yang diagih-agihkan dikalangan pemimpin dan penyokong Umno sahaja.

No comments:
Post a Comment