BERIBU MALAIKAT IRINGI TURUNNYA AYAT KURSI
AYAT KURSI diturunkan pada satu mlm setelah hijrah Rasulullah SAW.
Menurut sebuah riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya disertai dgn
beribu-ribu malaikat sebagai pengiring kerana kebesaran dan kemuliaan
ayat berkenaan.
Pada masa itu, Iblis dan syaitan jadi gempar
kerana adanya satu alamat yg jadi pendinding kpd kerja jahat yg jadi
tugas mereka. Rasulullah SAW dgn segera memerintahkan kpd penulis
al-Quran, Zaid Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.
Utk itu, terdpt 95 buah hadis yg menjelaskan fadhilat ayat kursi. Ayat
ini disebut ayat kursi kerana di dlmnya terdpt perkataan ‘kursi’ yg
bermaksud tempat duduk Allah SWT tetapi, adapun kusri itu cuma sebagai
syiar atas kebesaran Allah SWT semata-mata. Allah SWT tidak duduk, apa
lagi memerlukan tempat duduk sebagaimana kita manusia. Maha Suci Allah
daripada di samakan dgn seseorg dlm hal berkenaan.
Allah SWT
menjadikan kursi meliputi 7 petala langit dan bumi. Kebesaran kursi
adalah umpama serumpun pohon di tengah padang pasir yg luas. Di samping
kiri dan kanannya diciptakan pula kursi-kursi kecil utk menambah
keindahan dan kekuasaannya. Pada setiap kursi kecil itu duduk malaikat
yg membaca ayat kursi. Dan para malaikat juga akan mencatat pahala org
yg membaca ayat kursi.
Sesiapa yg membaca ayat kursi dgn
khusyuk setelah selesai solat fardhu, setiap pagi dan ptg, setiap kali
keluar rmh, setiap kali masuk tidur dan bermusafir, In shaa Allah ia
akan mengamankan org itu dari godaan syaitan, kejahatan manusia serta
binatang yg memudharatkan, terpelihara dirinya, keluarganya dan
harta-bendanya dgn izin Allah SWT.
Terdpt keterangan dlm kitab
Asrarul Mufidah, sesiapa yg mengamalkan membaca ayat kursi – setiap kali
sebyk 18 kali, in shaa Allah dia akan hidup dgn jiwa tauhid, dibukakan
dadanya dgn pelbagai hikmat, dimudahkan rezekinya dan dinaikkan
martabatnya, diberikan kpdnya pengaruh sehingga org menghormatinya dan
dipelihara ia oleh Allah SWT daripada segala bala bencana.
Syeikh Abul Abbas al-Bunni menerangkan: ‘Sesiapa yg membaca ayat kursi
sebyk 50 kali, kemudian ditiupkan kpd air hujan, kemudian ia meminumnya,
maka in shaa Allah, Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya
faham pada pelajaran yg dipelarinya’.
Sementera itu, sesiapa yg
membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah SWT akan mengampuni
dosanya dan sesiapa yg membacanya sewaktu hendak tidur, maka dgn izin
Allah ia akan terpelihara dari gangguan syaitan. Dan sesiapa yg membaca
ayat kursi ketika ia sedang marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.
Catatan:
Sebenarnya terlalu byk fadhilat dan faedahnya membaca ayat kursi
sebagaimana yg diajarkan oleh para ulama muktabar (bukan ulama politik)
yg harus kita jadikan pedoman serta amalan harian. Sesungguhnya ayat
kursi itu adalah pelindung penting yg diturunkan Allah SWT melalui
malaikat dan RasulNya utk digunapakai oleh manusia yg beriman.
No comments:
Post a Comment