![]() |
Isu kalimah Allah: S'gor akur titah sultan, kata MB
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu.
"Untuk negeri, kuasa mengenai agama Islam dan undang-undang berkenaan perkara ini adalah di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
"Kuasa itu akan diterima kerajaan negeri kerana ini adalah undang-undang yang telah diluluskan oleh dewan negeri," katanya pada sidang media petang tadi.
Katanya lagi, penggunaan kalimah itu juga melibatkan Warta Kerajaan Negeri Jilid 63 No 4 yang menetapkan penggunaannya tidak boleh melibatkan unsur penghinaan atau penyalahgunaan.
Beliau memberikan contoh lagu negeri Selangor yang mengandungi kalimah Allah dan turut dinyanyikan oleh golongan bukan Islam.
"Jadi kalau kita menyanyi lagu Selangor, itu bukan penghinaan.
"Hanya sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan, jadi tak adalah (salah).
"Untuk negeri Selangor, perkataan Allah ini dijaga oleh enakmen negeri supaya tidak berlaku unsur-unsur ini. Itu sahaja dia punya tanggungjawab," katanya pada sidang media petang tadi.MKINI
No comments:
Post a Comment