TAKUT PADA ALLAH
Diceritakan :
Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata, “Benar semua orang telah tidur.”
Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu tentang Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut pada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan Allah olehmu?” Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”
No comments:
Post a Comment