Tuanku Sultan Kedah puji pentadbiran Kerajaan Negeri
BeritaBlog Warta Kedah
ALOR SETAR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah
mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana berjaya menerajui
pentadbiran negeri dengan baik dan berjaya melaksanakan pelbagai
inisiatif untuk memajukan ekonomi dan meningkatkan tahap kesejahteraan
rakyat negeri Kedah.
Titah
baginda, kerajaan negeri Kedah berusaha sedaya upaya mencari peluang dan
menggembleng sumber-sumber yang ada demi faedah rakyat negeri ini.
“Segala perancangan yang dibuat memerlukan masa untuk dilaksanakan,
beta berharap seluruh rakyat negeri ini dapat memberi kerjasama dan
bersabar dalam menjayakan segala perancangan tersebut.
“Sebagai
sebuah negeri yang mengutamakan rakyat, kerajaan negeri telah sedaya
upaya memeberi bantuan kepada golongan fakir miskin dan golongan yang
memerlukan bantuan tanpa mengira kaum.
“Kerajaan negeri juga
membantu rakyat yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, beta
menyeru pelbagai pihak untuk berganding bahu dengan kerajaan negeri
membantu mereka yang memerlukan kerana amalan seperti ini dituntut oleh
ajaran Islam seperti mana firman Allah SWT dalam ayat Ar-Rum yang
bermaksud, ‘maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada
kerabatmua dan orang miskin serta musafir akan haknya masing-masing,
pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan
memperoleh keredhaan Allah SWT dan mereka itulah orang-orang yang
berjaya’,” titah baginda.
Usaha kerajaan negeri dalam tebatan banjir turut mendapat sokongan baginda.
“Berapa tahun yang lalu, negeri Kedah menghadapi masalah banjir besar,
rakyat yang terlibat telah mengalami kerugian dan kehilangan harta
benda.
“Kerajan negeri telah merancang untuk mengatasi maslaah
ini daripada terus berulang melalui cadangan projek tebatan banjir
Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit, dan ianya telah mendapat kelulusan
peruntukan daripada kerajaan Malaysia dan pelaksanaan projek ini telah
bermula mulai tahun ini secara berperingkat-peringkat,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan
Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena
Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 85 di Balai Penghadapan
Istana Anak Bukit.
Titah ucapan baginda dibacakan oleh Tunku
Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Yang Teramat
Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibn Almarhum Sultan
Badlishah.
Tuanku Sultan Kedah puji pentadbiran Kerajaan Negeri
BeritaBlog Warta Kedah
ALOR SETAR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana berjaya menerajui pentadbiran negeri dengan baik dan berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memajukan ekonomi dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
Titah baginda, kerajaan negeri Kedah berusaha sedaya upaya mencari peluang dan menggembleng sumber-sumber yang ada demi faedah rakyat negeri ini.
“Segala perancangan yang dibuat memerlukan masa untuk dilaksanakan, beta berharap seluruh rakyat negeri ini dapat memberi kerjasama dan bersabar dalam menjayakan segala perancangan tersebut.
“Sebagai sebuah negeri yang mengutamakan rakyat, kerajaan negeri telah sedaya upaya memeberi bantuan kepada golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum.
“Kerajaan negeri juga membantu rakyat yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, beta menyeru pelbagai pihak untuk berganding bahu dengan kerajaan negeri membantu mereka yang memerlukan kerana amalan seperti ini dituntut oleh ajaran Islam seperti mana firman Allah SWT dalam ayat Ar-Rum yang bermaksud, ‘maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmua dan orang miskin serta musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah SWT dan mereka itulah orang-orang yang berjaya’,” titah baginda.
Usaha kerajaan negeri dalam tebatan banjir turut mendapat sokongan baginda.
“Berapa tahun yang lalu, negeri Kedah menghadapi masalah banjir besar, rakyat yang terlibat telah mengalami kerugian dan kehilangan harta benda.
“Kerajan negeri telah merancang untuk mengatasi maslaah ini daripada terus berulang melalui cadangan projek tebatan banjir Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit, dan ianya telah mendapat kelulusan peruntukan daripada kerajaan Malaysia dan pelaksanaan projek ini telah bermula mulai tahun ini secara berperingkat-peringkat,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 85 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.
Titah ucapan baginda dibacakan oleh Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibn Almarhum Sultan Badlishah.

No comments:
Post a Comment