KEMAMAN - Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Chukai Dato' Mohamad Awang Tera mesti bertanggungjawab
terhadap penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan
Barisan Nasional (BN) Terengganu terhadap rakyat.
Menurut
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, pengusiran dan
perobohan rumah seorang warga emas anak watan Terengganu di kampung
Tuan, chukai semalam, adalah satu bukti yang nyata, Umno-BN umpama
'Israel' ditanah air sendiri.
"Mangsa bernama Alias bin Muda 53
tahun, nombor kad pengenalan 590619115091, tinggal tiga beranak dirumah
itu, tanpa belas kasihan, rumahnya dirobohkan penguatkuasa,
"barang-barang peribadi, pakaian, diambil dan di 'tohok' di balai raya
berhampiran, dibiarkan tanpa pembelaan tanpa jaminan hidup,"tegas
Hanafiah.
Menurutnya, apa yang Alias seorang duda, boleh
lakukan dengan pendapatan sebagai nelayan lebih kurang RM700 sebulan,
terpaksa menyara dua orang anaknya yang sedang bersekolah dalam tigkatan
satu dan darjah lima.
Katanya, rumah yang dirobohkan itu pun
adalah rumah PPRT dan Alias sendiri menerima bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebanyak RM200 sebulan.
"Ini apa ni..... Alias ni
orang susah, orang melarat.... sebab itu dia tak layak boleh
tanah......ADUN-ADUN Umno orang senang.....sebab itu mereka boleh
tanah......begitu??,
"apa nama kerajaan hari ini?? kalau tak
sama dengan Israel yang mengusir dan merobohkan rumah rakyat Palestin
dan berikan kepada puak-puak dia yang kaya raya!,"ujar Hanafiah yang
turut menyaksikan perobohan rumah tersebut pada pagi Ahad 20 Januari.
[Gambar 1 - Alias......sayu bergambar dihadapan rumahnya yang telah
dirobohkan oleh Penguatkuasa semalam. Gambar 2 - dua orang wanita Umno
yang bersimpati keatas nasib malang Alias, turut menyifatkan tindakan
tersebut tidak berperikemanusiaan]
Haji Hanafiah yang juga
Pengarah Majlis Tindaka DUN Chukai berkata beliau dimaklumkan Alias
telah merayu kepada pihak berkuasa supaya diberikan tempat tinggal
samada secara kekal atau sementara.
Katanya, beliau diberitahu,
pihak kontraktor hanya menawarkan untuk membiayai sewa rumah selama
tiga bulan dan pihak kerajaan pula tidak mengambil sebarang usaha
menyelesaikan masalah tersebut.
"(perkara ini) bukan baru,
sudah berbulan-bulan, tetapi tak diselesaikan........ mana ADUN? Mana
Ketua Bahagian Umno yang juga Menteri Besar?,
"Inikah contoh
rakyat didahulukan.......??? Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan
negeri Terengganu.......semua bohong belaka!!,"jelas Hanafiah.
Oleh itu, beliau akan mengadu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM) berhubung perkara tersebut kerana tindakan kerajaan Umno-BN
itu disifatkan sebagai pencabulan hak asasi rakyat untuk menjalani
sebuah kehidupan dan melanggar perlembagaan negara yang meletakkan
hak-jhak istimewa kepada orang Melayu.
KEMAMAN - Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Dato' Mohamad Awang Tera mesti bertanggungjawab terhadap penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu terhadap rakyat.
Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, pengusiran dan perobohan rumah seorang warga emas anak watan Terengganu di kampung Tuan, chukai semalam, adalah satu bukti yang nyata, Umno-BN umpama 'Israel' ditanah air sendiri.
"Mangsa bernama Alias bin Muda 53 tahun, nombor kad pengenalan 590619115091, tinggal tiga beranak dirumah itu, tanpa belas kasihan, rumahnya dirobohkan penguatkuasa,
"barang-barang peribadi, pakaian, diambil dan di 'tohok' di balai raya berhampiran, dibiarkan tanpa pembelaan tanpa jaminan hidup,"tegas Hanafiah.
Menurutnya, apa yang Alias seorang duda, boleh lakukan dengan pendapatan sebagai nelayan lebih kurang RM700 sebulan, terpaksa menyara dua orang anaknya yang sedang bersekolah dalam tigkatan satu dan darjah lima.
Katanya, rumah yang dirobohkan itu pun adalah rumah PPRT dan Alias sendiri menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan.
"Ini apa ni..... Alias ni orang susah, orang melarat.... sebab itu dia tak layak boleh tanah......ADUN-ADUN Umno orang senang.....sebab itu mereka boleh tanah......begitu??,
"apa nama kerajaan hari ini?? kalau tak sama dengan Israel yang mengusir dan merobohkan rumah rakyat Palestin dan berikan kepada puak-puak dia yang kaya raya!,"ujar Hanafiah yang turut menyaksikan perobohan rumah tersebut pada pagi Ahad 20 Januari.
[Gambar 1 - Alias......sayu bergambar dihadapan rumahnya yang telah dirobohkan oleh Penguatkuasa semalam. Gambar 2 - dua orang wanita Umno yang bersimpati keatas nasib malang Alias, turut menyifatkan tindakan tersebut tidak berperikemanusiaan]
Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindaka DUN Chukai berkata beliau dimaklumkan Alias telah merayu kepada pihak berkuasa supaya diberikan tempat tinggal samada secara kekal atau sementara.
Katanya, beliau diberitahu, pihak kontraktor hanya menawarkan untuk membiayai sewa rumah selama tiga bulan dan pihak kerajaan pula tidak mengambil sebarang usaha menyelesaikan masalah tersebut.
"(perkara ini) bukan baru, sudah berbulan-bulan, tetapi tak diselesaikan........ mana ADUN? Mana Ketua Bahagian Umno yang juga Menteri Besar?,
"Inikah contoh rakyat didahulukan.......??? Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan negeri Terengganu.......semua bohong belaka!!,"jelas Hanafiah.
Oleh itu, beliau akan mengadu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung perkara tersebut kerana tindakan kerajaan Umno-BN itu disifatkan sebagai pencabulan hak asasi rakyat untuk menjalani sebuah kehidupan dan melanggar perlembagaan negara yang meletakkan hak-jhak istimewa kepada orang Melayu.
No comments:
Post a Comment