Monday, 7 January 2013

MUHASABAH DIRI

Mengapa kita begitu teliti dalam mengkaji gaya hidup, kegemaran, cara penampilan, ketampanan, kecantikan dan segala yang berkait dengan pelakon atau selebriti yang kita minati sehinggakan kita nak jadi seperti mereka.....
Mengapa pula kita tak mengkaji Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dari segi tingkah lakunya, perwatakan, gaya hidup, tutur kata, makanan & minuman, dan segala-galanya yang baginda amalkan..sedangkan jika kita mengikut setiap satunya kita pasti beroleh ganjaran yang tidak ternilai banyaknya dan sudah tentu bakal memimpin kita menuju jalan ke Syurga....
berbanding dengan Pelakon2 yang hanya indah khabar dari rupa..yang hanya melakonkan watak yang diberikan semata2 ingin menarik perhatian seisi dunia...Apa yang kita dapat? Hanyalah khayalan dan angan2 kosong yang membinasakan...Adakah kita mahu terus bersama mereka yang lalai dengan kegembiraan dunia? Atau adakah kita mahu mengikuti jejak langkah Baginda Nabi Muhammad SAW ke Syurga?

No comments:

Post a Comment