Rosmah Mansor Pula Bersumpah!
Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah
kepada Allah bahawa beliau tidak mempunyai cincin bernilai RM24 juta
seperti yang didakwa oleh pembangkang.
Bagaimanapun, Rosmah
mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke
Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".
"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.
"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya
tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis
cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu
Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala
Lumpur dan Selangor malam tadi.
Walaupun Rosmah tidak
menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan
bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin pada
2011.
Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya -
Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin
bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dari New York
dengan Rosmah sebagai penerimanya.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun
cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya
dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.
Rosmah kemudian
menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi
tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.
Nota:
Saling tak tumpah bagaimana Najib Altantuya juga terpaksa bersumpah di
dalam masjid di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil 2008 kununnya dia
tidak mengenali dan bertemu Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Hanya orang munafik sahaja yang sanggup dan suka bersumpah sedangkan ia tidak diterima di sisi Allah
Rosmah Mansor Pula Bersumpah!
Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak mempunyai cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.
Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".
"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.
"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.
Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dari New York dengan Rosmah sebagai penerimanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.
Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.
Nota:
Saling tak tumpah bagaimana Najib Altantuya juga terpaksa bersumpah di dalam masjid di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil 2008 kununnya dia tidak mengenali dan bertemu Altantuya Shaariibuu pada 2006.

No comments:
Post a Comment