Panas: "Lagi Isu Air Di Pahang", Ahli Parlimen Rompin Selesa Di Luar Negara Tapi Rakyatnya Menderita Di Bumi Sendiri!
Dikala media arus perdana meneruskan propaganda mereka memainkan isu
air di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat),
bagai ditakdir dalam masa yang sama berbagai masalah air pula dilihat
melanda negeri Perdana Menteri iaitu Pahang Darul Makmur. Jika di
Selangor, rakyat yang mendapat air percuma dikatakan tersalah memilih
kerajaan hingga menyebabkan masalah air berlaku. Malah, di Kelantan pun
sama. Rakyat dikatakan tersalah piliha kerajaan yang senantiasa
membekalkan air kotor kepada penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang
itu. Kini, jika ia sering berlaku di bumi Pahang apakah boleh dikatakan
rakyat tersalah memilih kerajaan lantaran membiarkan masalah air terus
berlarutan sejak sekian lama. Jika di negeri pembangkang, isu air
melanda mungkin kerana masalah kekurangan sumber kewangan negeri untuk
mengatasi isu itu. Namun, jika ia beraku di negeri yang ditadbir oleh
UMNO BN, apakah masalah ekonomi juga jadi faktornya?. Kenapa di negeri
yang ditadbir oleh BN senarionya tetap sama?. Sepatutnya isu air ini
tidak timbul di negeri-negeri BN termasuk Pahang sendiri. Namun,
hakikatnya inilah yang berlaku. Cuma, bezanya isu itu disembunyikan
daripada pengetahuan rakyat marhaen. Apa yang lebih difokuskan oleh
media arus perdana ialah masalah air di negeri pembangkang. Seolah-olah
negeri BN tidak terpalit dengan isu seperti itu. Walhal di Pahang, isu
air semakin kronik sebenarnya, terutama yang melibatkan kawasan Felda,
kampung-kampung termasuk juga penempatan orang asli. Bila orang asli
atau orang asal bangkit memberontak, dikatakan mereka tidak sedar diri
dan kerajaan sudah banyak membantu. Namun, realitinya orang asli di
Pahang terus terpinggir dari arus kemajuan sejak sekian lama. Pendedaha
panas oleh media arus perdana yang lebih adil dan telus iaitu Sinar
Harian edisi Pahang semalam sungguh mengejutkan. Mujurlah ada akhbar
yang bersuara rakyat masih bersikap terbuka dalam membongkarkan isu-isu
sebegini. Jika tidak, pasti rakyat tidak tahu masalah yang berlaku di
negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri UMNO BN sebenarnya. Sebab itu
kita tidak hairan, Sinar Harian itu sendiri sering diserang oleh
pemimpin UMNO BN kononnya berat sebelah. Walhal, apa yang diaporkan oleh
akhbar itu jelas sekali menggambarkan kebebasan media yang sepatutnya
diamalkan oleh media arus perdana yang lain di negara ini.
Laporan eksklusif "Terpaksa Kongsi Air Perigi: Ketiadaan Bekalan Air
Beban Penduduk Kampung Denai" di Rompin sungguh menyedihkan kita.
Sudahlah mereka tiada bekalan air bersih, terpaksa pula berkongsi
bekalan air perigi yang kotor dan berkarat. Apa yang dibuat oleh
kerajaan? Tidak lebih dari berjanji dan terus berjanji, tetapi ia tetap
gagal ditepati sejak 50 tahun yang lalu. Sudahlah tanah adat orang asli
ini dicerobohi secara haram sesuka hati oleh mereka yang ada kaitan
dengan pemimpin politik negeri, kini kebajikan orang asli juga terus
menjadi tanda tanya. Parlimen Rompin diwakili oleh Datuk Jamaluddin
Jarjis, yang telah diangkat oleh PM Najib Razak menjadi Duta Besar
Malaysia ke Amerika Syarikat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Kini
beliau selesa berada di luar negara, sedangkan rakyat di kawasannya
menanggung derita. Apakah kesengsaraan ini disedari olehnya, yang
dikhabarkan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika Najib terus
berkuasa di Putrajaya dan UMNO BN masih mendiami Wisma Sri Pahang
selepas pilihanraya umum akan datang. Jika ini keadaannya, sudah pasti
rakyat Pahang akan terus hidup sengsara dan merana buat selamanya. Dalam
laporan Sinar Harian itu mendakwa etika penduduk lain berpeluang
menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di
sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan
harian sejak kira-kira 50 tahun lalu. Malah ketika orang lain hanya
perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa
bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor dan berbau di rumah
jiran mempunyai telaga.
Bagaimanapun masalah bekalan air paip
di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan
penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib. Malangnya
sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi
hingga menyebabkan penduduk kecewa. Penduduk, Sakila Muharam, 19,
berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan
bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an.
Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi
rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci
pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh
pakaian di situ setiap hari. "Keadaan ini sungguh membebankan kerana
saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi
mempunyai seorang anak masih kecil. “Sampai bila kami perlu hidup
melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami
rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini.
Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk
menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain,”
No comments:
Post a Comment