Sunday, 13 January 2013

HKR112 BERJAYA-TANDA AWAL PERUBAHAN SELEPAS PRU 13





HKR112 berjaya, rakyat bakal ubah pada PRU13






KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengharapkan perubahan murni di atas 10 tuntutan yang diisytiharkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) petang semalam adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana itulah realiti yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.


Tambahnya, jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.

Beliau berkata, penganjur HKR tersebut harus dipuji bukan sahaja dari segi pengawalan keselamatan  yang dijalankan yang sangat rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa sebarang kekecohan.

“Kami memperakui bahawa tuntutan 10 perkara yang diisytiharkan adalah wajar sebagai komitment untuk memperbaikki kualiti hidup rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tuntutan itu juga adalah janji Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih kerajaan selepas PRU13, seharusnya menjadi komitmen rakyat untuk memastikan semua tuntutan itu dipenuhi oleh sesiapa pun yang akan membentuk kerajaan.


Katanya, deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu yang meliputi aspek proses pilihan raya, isu Felda, status pembangunan Sabah dan Sarawak, royalti petroleum, professionalisme kakitangan awam, alam sekitar, martab

No comments:

Post a Comment