Pada
suatu hari Rasulullah SAW sedang bersolat di Masjidil Haram, kebetulan
pada hari itu Abu Jahal dan pengikutnya sedang duduk di Hijir. Seperti
kebiasaan tatkala sujud Rasulullah SAW memanjangkan sujudnya. Lalu Abu
Jahal berkata kepada para pengikutnya,
"Di antara kamu semua siapa yang paling berani pergi ke kandang unta
lalu mengambil najisnya dan curah ke bahu Muhammad ketika dia sedang
sujud?"
Utbah Bin Mu'aith di antara orang yang paling jahat di kalangan pengikut Abu Jahal lalu berkata, "Aku sanggup melakukannya." Abu Jahal pun berkata, "Jika begitu kamu pergi ke kandang unta dan ambil najisnya bawa kemari dan aku ingin lihat dari jauh bagaimana kamu melakukannya."
Lalu Utbah pun sampai membawa najis unta tersebut dan mencurahkan najis itu ke bahu Rasulullah SAW ketika sedang sujud. Perbuatan Abu Jahal dan pengikutnya itu sampai ke pengetahuan Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah SAW. Fatimah Az-Zahra pergi ke Masjidil Haram dan membersihkan kekotoran pakaian ayahandanya itu. Selesai membersihkan kotoran najis itu dibahu dan tengkuk Rasulullah SAW lalu Fatimah Az-Zahra pergi berjumpa dengan Abu Jahal dan pengikutnya lalu memaki hamun mereka tetapi mereka hanya berdiam diri sahaja tanpa berkata apa-apa.
Di dalam perjalanan pulang dari Masjidil Haram Rasulullah SAW bertemu dengan Abul Bukhturi lalu Abul Bukhturi melihat wajah Rasulullah SAW dan dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku ke atas baginda SAW. Lalu Abul Bukhturi bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah mengapa engkau jadi begini?"
Baginda SAW menjawab, "Biarkan aku. Tuhan lebih mengetahui bahawa engkau tidak akan melepaskan aku selagi aku tidak memberitahumu apa sebenarnya yang telah berlaku."
Abul Bukhturi mendesak baginda SAW lagi, "Terangkan kepadaku apakah yang sebenarnya telah berlaku". Rasulullah SAW tetap berdiam diri tidak mahu menceritakan apa yang telah terjadi. Lalu Abul Bukhturi memujuk Rasulullah SAW lagi agar menceritakan perkara sebenar. Rasulullah SAW tahu selagi baginda tidak menceritakan perkara sebenar Abul Bukhturi tetap mendesaknya. Lalu baginda menceritakan perkara yang sebenar, "Abu Jahal dan pengikutnya telah melumuri aku dengan najis unta ketika aku sedang sujud di Masjidil Haram."
"Abu Jahal lagi.." Abul Bukhturi menggelengkan kepala tanda kesal dengan perangai Abu Jahal itu. Lalu Abul Bukhturi mengajak Rasulullah SAW berjumpa dengan Abu Jahal kebetulan Abu Jahal masih ada di situ lagi.
Abul Bukhturi berdiri bercekak pinggang sambil menuding jari ke arah Abu Jahal, "Hei Abu Jahal engkau yang menyuruh orang meletakkan najis unta ke atas badan Muhammad ini."
"Ya. Apa kamu mahu," Jawab Abu Jahal dengan sombong. Abul Bukhturi tidak berkata apa-apa lalu menghampiri Abu Jahal dan memukul sehingga Abu Jahal meraung kesakitan. Manakala pengikut Abu Jahal tidak berani melakukan apa-apa.
"Kamu memang selayaknya dipukul kerana perangaimu yang suka mencetuskan permusuhan sesama manusia." Kata Abul Bukhturi sambil mengajak Rasulullah SAW pulang.

No comments:
Post a Comment