Friday, 1 January 2016

TAZKIRAH

  1. Ada seorang pemuda yang menjual kain dari
    rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh
    yang tegap dan rupa yang tampan.
    KISAH BAU KASTURI DAN ZINA
    Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang
    wanita telah memanggilnya dan memintanya
    untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu
    masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus
    mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita
    tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan
    Allah dan azab yang pedih.
    Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin
    bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin
    melepaskan perasaan rindu dendamnya yang
    terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki
    tersebut.
    Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika
    anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan
    pada kamu nescaya aku akan menjerit minta
    tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang
    bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa
    ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu
    orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
    Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu
    menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin
    untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia
    juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke
    bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa
    gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam
    lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya
    satu jalan keluar.
    Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan
    seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil
    menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus
    dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih
    baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang
    busuk ini.”
    Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati
    wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri
    betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu
    merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya.
    Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh
    pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
    Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat.
    Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan
    berkumandang. Ia terus balik ke rumah
    membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu
    dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia
    terus melangkahkan kakinya ke masjid.
    Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik
    apabila semua mata para jemaah tertumpu ke
    arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon
    maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid
    mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari
    mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu.
    Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi
    yang semerbak harumannya.
    Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri
    pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali
    dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud
    Pemuda Kasturi.
    Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia
    terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi
    Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak
    untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu
    terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya.
    Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU
    DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

No comments:

Post a Comment