Blog msomelayu.blogspot.com
Ahli
Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi mendakwa Anwar Ibrahim kini semakin
panilk dengan angan-angan dan impian untuk menjadi perdana menteri
sehinggalkan terpaksa membawa bekas presiden Indonesia BJ Habibie
datang ke negara ini untuk menyakinkan ahli parti Pakatan Rakyat
khasnya ahli PKR.
Puad di zaman kampus dikenali sebagai seorang
pengkagum Anwar di ranting teratas menyifatkan kedatangan Habibie ke
negara ini untuk mengembalikan reputasi Anwar untuk jadi PM setelah
ianya terganggu apabila ada mereka dari pembangkang yang menimbulkan
kesangsian terhadap Anwar. Kata Puad akar umbi dalam parti dan
golongan intelektual Islam mempertikaikan kepimpinan Anwar untuk
menjadi PM. Sayang sedikit Puad tidak mendedahkan nama-nama yang
dikelaskan sebagai intelektual Islam itu? Apakah orang itu Zainal Kling
ataupun Kamaruddin Kacau ataupun Sidek Baba? Justeru bimbang
dengan situasi itulah menurut Puad menyebabkan Anwar terpaksa membawa
bekas Presiden Indonesia itu ke negera ini dan memberi beberapa
syarahan. Kelmarin Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah
Alam, di mana lebih 500 hadir mendengar ceramahnya. Puad
membuat bacaan Anwar panik dengan kedudukan itu apabila baru-baru ini
ada suara sumbang yang mahukan presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk
dilantik menjadi perdana menteri. Pandangan atau bingkasan Puad mengenai
isu itu telalu dangkal dan nampaknya beliau mengeksploitasikan apa
saja keadaan untuk memburukkan Anwar. Dalam politik cara Puad
itu adalah biasa, menggunakan apa saja isu untuk memburukkan musuh dan
melindungi keburukan sendiri. Puad sebenarnya terpaksa membuat reverse psikolgi
begitu kerana beliau kini sedang terancam dengan kebangkitan rakyat.
Terbaru lebih 30,000 rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang
diadakan di Parit Jawa didalam kawasan parlimennya, Batu Pahat. Kehadiran diluar jangkaan itulah menyebabkan Puad merasa panik dan terpaksa membuat tangkisan agar umum tidak memberi tumpuan ke kawasannya. Jadi dialam hal ini siapa yang panik kini Anwar atau Puad sendiri sebenarnya?
Perkembangan di Johor sesuatu mengejutkan dan ini disedari oleh Puad.
Di mana-mana saja program di adakan di Johor ia mendapat sambutan luar
biasa. Katanya himpunan di Batu Pahat tempoh hari walaupun disekat dan
orang ramai diugut tetapi ia sudah tidak diperdulikan lagi. Orang ramai
yang terdiri dari kaum Melayu datang beramai-ramai untuk mendengar
ceramah Pakatan. Elok kalau Puad baik ke kawasannya menyapu
kesan-kesan himpunan di kawasan itu minggu lalu daripada cuba membawa
sesuatu isu yang tidak logik dan bermotif memburukkan Anwar. Puad tidak
perlu bimbang kalaupun Anwar tidak menjadi PM, tetapi beliau harus
cemas dengan kedudukannya sendiri, nanti orang lain menang kita pula
kalah, nyanya. Puad mungkin sudah menyedari bahawa kedudukannya
di kerusi Parlimen Batu Pahat tidak menentu dan terancam. Sebelum
terdengar desas desus timbalan menteri pelajaran itu katanya tidak akan
diletak bertanding di Batu Pahat kerana sikapnya yang dikatakan
menyongsang arus sebelum ini. Beliau dilihat lantang dan cuba
membawa politik intelek dan bersikap rasional didalam politiknya tetapi
kurang disenangi oleh golongan Umno konservatif. Ekoran itu beliau
diberitakan antara ahli parlimen yang akan digugurkan dan tidak akan
diletak untuk bertanding di Batu Pahat. Namanya disenaraikan bersama
beberapa nama yang dilihat boleh mengecam golongan berfahaman
konservetif di dalam Umno, seperti Khairy Jamaluddin (ketua pemuda
tanpa kuasa dan jawatan), Saifuddin Abdullah dan juga dua bekas ketua
puteri Umno Azalina Othman Said dan Noraini Ahmad. Mungkin Puad
sudah merasai 'ke4azaban' yang bakal beliau hadapi maka perlu
untuknya 'mengoyak seluas-kuasnya baju' Anwar yang dulunya beliau puji
dan puja bagi menunjukkan dia seorang yang vokal menentang Anwar
Ibrahim. Puad seperti juga sesetengah rakan Anwar yang lain, seperti
Fuad Hassan menjadikan Anwar sebagai modal dalam politik dan modal untuk
hidup. Sekali lagi dipesankan baik Puad memikirkan dirinya
apakah akan dapat menjadi calon di Batu Pahat daripada melihat
kepanikan Anwar untuk menjadi perdana menteri. Dan Puad perlu
bertanding dan menang kerana kalau tertakdi Anwar jadi PM sudah tentu
Puad boleh berteduh semula di bawah ketiak Anwar.
|
|
No comments:
Post a Comment