darisungaiderhaka.blogspot.com![]() Beliau berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini. Katanya dengan nada meneran, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). "Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati. Apa yang jelas disini Najib telah berjanji tanpa menyedari apa yang diucapkannya itu sendiri. Janjinya dengan memberikan contoh "jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja" membuktikan beliau tidak peka langsung dengan apa yang menjadi masaalah rakyat di Pulau Pinang. Jika dikatakan sebuah rumah yang berharga RM300,000 itu adalah sebuah rumah mampu milik ianya adalah bersepah di Pulau Pinang ini pada masa sekarang. Dan ianya memanglah sebuah rumah mampu milik tetapi bukanlah oleh majoriti rakyat Pulau Pinang tetapi ianya adalah rumah mampu milik oleh majoriti Pemimpin UMNO Pulau Pinang. Nak bagi contoh pun biarlah boleh diterima rakyat... Tentang janji kedua Najib iaitu menyediakan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini. Ini sebenarnya adalah projek yang telah diumumkan oleh Pak Lah semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Tender projek ini telah ditutup pada 16 November 2007. Pengendali projek ini ialah Melewar Industrial Group Bhd (MIG) dan Putera Capital Bhd, pada 10 Januari 2008, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan pemenang tender, yang mana ialah sebuah konsurtium iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB). Anggota konsurtium termasuk Scomi Engineering Bhd dan Penang Port Commission. Mengikut sumber The Edge iaitu surat khabar perniagaan Malaysia, Malaysian Resources Corporation akan membina infrastruktur monorel. Sementara Scomi Engineering akan menjaga kepentingan konsultan ketika dalam pembinaan infrastruktur dan Penang Port Commission bertanggungjawab menjadikan ia sebuah hab utama beroperasi. Kos tender dianggarkan bernilai RM 1.6 bilion. Bagaimanapun selepas pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertukar tangan projek tersebut ditangguhkan dengan alasan Kerajaan Barisan Nasional mahu memberi keutamaan kepada projek mesra rakyat. Hakikatnya ianya ditangguhkan sebagai membalas dendam terhadap rakyat Pulau Pinang yang telah menolak Barisan Nasional pada PRU ke 12 lalu.. UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan Pusat menghentikan semua projek mega yang dirancang di negeri ini termasuk perkhidmatan bas RapidPenang yang telah beroperasi 31 Julai tahun lalu. Kini Najib kembali membawa lagi janji tentang Monorail itu setelah Barisan Nasional sendiri memungkiri janji mereka kepada rakyat Pulau Pinang.. Awat?? Hang ingat kami bodoh macam pencacai UMNO ka Najib? |
TIP: This option lets you set whether the time will display the computer clock of the viewer or whether the widget will act as a time zone clock or world clock. In either case the the clock will function as a realtime clock and use the viewer's computer setting to set the differences to GMT TIP: The background color setting is just to give you an idea of how the calendar would look like on your blog or homepage.
Monday, 10 December 2012
RAKYAT PULAU PINANG JANGAN TERTIBU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment