Jangan Marah La Taghdab
![]() |
Dalam
menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan
memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak
boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa
harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan
marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan
marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun
tertanya sendiri.
Bila
diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak
remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan
ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari
tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah
"bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada
waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan
sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta,
maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.
Setelah
agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya.
Dalam hidup ini, setiap perhubungan,pertalian,persahabatan harus bijak
mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal
menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri
dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya
jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat
syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam
hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah
kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar.
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943)Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.

Sabda
Nabi S.A.W, "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri
hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia
berbaring secara mengiring" (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
![]() |
No comments:
Post a Comment