Rakaman Penjelasan Amanat Haji Hadi : Bukti UMNO/BN Takut Hadapi Kenyataan
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merujuk kepada kenyataan Menteri Penerangan, Komuni kasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan kesediaan untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi sebagaimana yang dituntut oleh Presiden Pas itu. Bagaimanapun, menurut beliau, ia akan dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
DPPM berpandangan bahawa kesediaan dalam bentuk demikian hanyalah melambangkan ketakutan UMNO/Barisan Nasional untuk menghadapi kenyataan bahawa isu Amanat Haji Hadi hanyalah satu fitnah yang direka-reka sahaja khususnya menjelang pilihanraya umum yang ketiga belas. Justeru, dibimbangi penjelasan Tuan Guru Abdul Hadi diterima rakyat, ia akan dibuat secara rakaman sahaja dan pastinya akan dipilih-pilih segmen untuk disiarkan.
DPPM menyelar sikat Rais Yatim selaku Menteri Penerangan yang membiarkan sahaja serangan bertali arus ke atas Presiden PAS selama berminggu-minggu melalui media massa cetak dan eletronik namun enggan untuk memberikan walaupun satu jam kepada beliau untuk memberikan penjelasan balas. Ia mengulangi sindrom 'takut debat' Presiden UMNO sendiri yang enggan untuk turun ke medan debat apabila dicabar oleh pimpinan pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi DPPM, Rais Yatim wajar mencontohi keterbukaan media di negara-negara maju khususnya yang terbaru di Amerika Syarikat di mana debat di antara Presiden Barack Obama dan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney disiarkan secara langsung melalui televisyen dan disaksikan bukan sahaja oleh seluruh rakyat Amerika bahkan di seluruh dunia. Dalam hal ini, apa yang diminta oleh Presiden PAS hanyalah satu jam secara langsung dan ia berhak dijawab kembali oleh UMNO/Barisan Nasional.
Adakah UMNO/BN tidak yakin dengan kemampuan pemimpin mereka untuk menangkis hujah Presiden PAS? Adakah Mufti dan golongan agamawan yang selama ini menghentam Amanat Haji Hadi tidak mampu untuk menyanggah penjelasan Presiden PAS nanti? Jika demikian, amat lekehlah taraf golongan agamawan yang ada di dalam UMNO!
Justeru, DPPM mengulangi tuntutan agar peluang bersiaran secara langsung wajib diberikan kepada Presiden PAS untuk membuat penjelasan dalam isu Amanat Haji Hadi ini. Bagi DPPM, masih sempat untuk Rais Yatim membuat keputusan yang betul sebelum pilihanraya ini. Sesungguhnya jambatan untuk kembali kepada kebenaran tidak pernah dibakar!
Sekian.
Dengan hormat,

No comments:
Post a Comment