Friday, 31 January 2014

Cinta dan Kasih kerana Rabbku


Dalam diam aku mencintaimu
Dalam diam juga aku menyayangi dirimu
Akan ku cuba sedaya mungkin, untuk mempertahankan rasa itu agar tidak melebihi rasa cintaku kepada sang Pemilik hati ini.
Andai telah dicatat dirimu sebagai imamku
Aku terima dirimu dengan ikhlas
Saat waktu menghalalkan ikatan antara kita
Akan ku serahkan kasih ini
Terkadang, cemburu memenuhi ruang hati dek kerana ramai gadis mengejar cintamu
Namun, cepat ku tersedar jika dirimu bakal imamku
Tidak perlu untuk aku gusar
Tidak perlu aku cemburu
Kerana hakikat cintaku kerana Allah
Hilang cintamu tidak mengapa asal aku tidak hilang cinta Ilahi
Dari rasa ini juga, aku belajar menerima kehilangan
Kerana hukum alam menyatakan
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
#ku nantikan dirimu dibatasan waktu

No comments:

Post a Comment