Friday 1 January 2016

tazkirah untuk suami/isteri


2. TIPS HUBUNGAN SUAMI ISTERI SENTIASA MEKAR

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.


* Bingkaikan gambar anda berdua dan gan
tungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga


No comments:

Post a Comment