Sunday, 9 February 2014

menari dalam masjid.....


Dakwaan sebahagian sufi bahawa dibenarkan menari-nari di dalam masjid dengan tujuan untuk berzikir. Mereka memberikan dalil daripada sepotong hadis,

عن أنس قال : كانت الحبشة يزفنون بين يدي رسول الله صلى الله عليه و سلم ويرقصون ويقولون محمد عبد صالح فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم ما يقولون قالوا يقولون محمد عبد صالح.وقال عنه الشيخ شعيب الأرنؤوط: إسناده صحيح على شرط مسلم. 

Dari Anas radiyallahu 'anhu beliau berkata, orang-orang Habsyah melompat dan menari-nari di depan rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sambil mengucapkan "Muhammad hamba yang soleh". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apa yang mereka katakan?" Mereka menjawab, Orang-orang Habsyah tersebut berkata "Muhammad seorang hamba yang soleh." Hadis riwayat Ahmad no. 12131. 

Syaikh al-Arnauth berkata, Hadis ini sahih atas syarat Muslim. 

Orang-orang sufi menjadikan hadis ini dalil bahawa dibenarkan menari-nari di dalam masjid sambil mengalunkan syair dan pujian kepada baginda shallallahu 'alaihi wa sallam. Namun hakikatnya tidaklah demikian. Ini cuma sangkaan mereka yang tersasar dari kebenaran.


Makna Raqasha -رقص- menurut bahasa:


Kata al-Imam Ahmad bin Faris Ar-Razi -rahimahullah- (wafat 395H)- lebih dikenali dengan Ibnu Faris dalam ( معجم مقاييس اللغة)  Mu`jam Maqaayiis Al-Lughah 2/428:


رَقَصَ) الرَّاءُ وَالْقَافُ وَالصَّادُ أَصْلٌ يَدُلُّ عَلَى النَّقَزَانِ. يُقَالُ رَقَصَ يَرْقُصُ رَقْصًا. وَيُقَالُ أَرْقَصَ الْبَعِيرَ)حَمَلَهُ عَلَى الْخَبَبِ. قَالَ جَرِيرٌ:بِزَرُودَ أَرْقَصَتِ الْبَعِيرَ وَيُقَالُ رَقَصَ السَّرَابُ فِي لَمَعَانِهِ; وَرَقَصَ الشَّرَابُ: جَاشَ. وَالرَّقَّاصَةُ: لُعْبَةٌ.


Arra` al-Qaaf dan As-Sod رَقَصَ:  Kalimah ini menunjukkan maksud "An-Naqazan" iaitu LOMPATAN, disebut Raqasa, yarqusu, raqsan. Dikatakan Arqasa al-Ba`ir- iaitu dia  mempercepatkan perjalanan unta. Kata Jarir: Aku mempercepatkan perjalanan untaku di Zarud (nama tempat). Dikatakan: Raqasa As Sarabu fi Lama`anih (Fatamorgana itu kelihatan  bergerak-gerak sinarnya), Raqasa As-Syarabu (Arak itu) menggegelegak, mendidih atau berbuih, dan ar-Raqqasah: Sejenis permainan (bagi orang  arab).

Namun terjemahan moden menjadikan Raqas kepada menari. Dan inilah yang diinginkan oleh orang-orang sufi.  Kefahaman yang benar:

Perbuatan orang Habsyah menari di dalam masjid dan diamnya baginda daripada perbuatan mereka tidak menunjukkan yang sebenarnya dibenarkan menari-nari di dalam masjid SEPERTI yang dilakukan oleh orang-orang sufi pada hari ini yang mengaku ahli bait dan mencintai Nabi hallallahu 'alaihi wa sallam. 

Ini kerana beberapa sebab: 

1. Orang Habsyah itu tidak menjadikan perbuatan mereka yang "menari-nari" untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah sebagaimana yang dilakukan oleh para sufi.

 2. Tidak ada keterangan daripada para sahabat, tabi'in dan itba' tabi'in mahupun ulama tentang dibenarkannya perbuatan seperti yang dilakukan oleh orang-orang sufi seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Sedangkan mereka para ulama adalah orang yang paling dekat, faham dan mengerti akan dalil. Akan tetapi, berdasarkan kepada perbuatan orang-orang Habsyah seperti hadis di atas, para ulama berpendapat bahawa yang dibenarkan adalah bermain-main dengan pedang sambil melompat-lompat kerana tafsir Raqasha adalah melompat-lompat dan keterangannya ada pada penjelasan berikut daripada al-Imam an-Nawawi.  

Ulama yang berpendapat sedemikian adalah al-Imamul Bukhari, al-Imam an-Nawawi, al-Imam Ibnu Hajar, dan para ulama yang lain baik yang terdahulu dan yang terkemudian.

Di dalam Sahih Muslim terdapat hadis yang semakna dengan hadis riwayat Ahmad di atas,

جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنْ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ

Telah datang orang Habsyah, mereka melompat-lompat pada hari 'Ied di dalam masjid dan rasulullah memanggilku dan aku meletakkan kepalaku dibahunya untuk melihat permainan mereka sampai aku sendiri yang berhenti melihat mereka. (Riwayat Muslim di dalam Bab بَاب الرُّخْصَةِ فِي اللَّعِبِ الَّذِي لَا مَعْصِيَةَ فِيهِ فِي أَيَّامِ الْعِيدِ -Keringanan dalam permainan yang tidak ada padanya maksiat ketika hari perayaan)

al-Imam an-Nawawi menjelaskan,

هو بفتح الياء واسكان الزاي وكسر الفاء ومعناه يرقصون وحمله العلماء على التوثب بسلاحهم ولعبهم بحرابهم على قريب من هيئة الراقص لأن معظم الروايات إنما فيها لعبهم بحرابهم فيتأول هذه اللفظة على موافقة سائر الروايات

Dengan Ya dibaris atas, Zai di sukun kan dan Fa berbaris bawah. Maknanya adalah Yarqusun (melompat-lompat). Para ulama memahaminya dengan melompat-lompat dengan pedang dan bermain-main dengan senjata mereka (tafsir) ciri yang terdekat dengan ar-Raqish (pemain pedang) kerana banyak riwayat-riwayat yang di dalamnya (menunjukkan) mereka bermain dengan senjata mereka maka ditakwilkan kepada  lafaz ini (melompat dengan pedang) supaya ia sesuai dengan seluruh riwayat. (Syarah an-Nawawi 'ala Muslim 6/186 -asy-Syamilah)

 al-Imam al-Bukhari membuatkan satu bab berkenaan dengan hadis Aisyah melihat orang-orang Habsyah bermain pedang di masjid di samping rasulullah di sisinya dengan judulnya, بَاب أَصْحَابِ الْحِرَابِ فِي الْمَسْجِدِ , "Bab orang-orang yang mempunyai tombak bermain-main dalam masjid".

 Imam Ibnu Hajar -salah seorang Imam besar dalam mazhab Syafie- berkata di dalam Syarah nya kepada kitab Sahih al-Bukhari -Fathul Bari jilid 6 ms. 553),

  وَاسْتَدَلَّ قَوْمٌ مِنَ الصُّوفِيَّةِ بِحَدِيثِ الْبَابِ عَلَى جَوَازِ الرَّقْصِ وَسَمَاعِ آلَاتِ الْمَلَاهِي وَطَعَنَ فِيهِ الْجُمْهُورُ بِاخْتِلَافِ الْمَقْصِدَيْنِ فَإِنَّ لَعِبَ الْحَبَشَةِ بِحِرَابِهِمْ كَانَ لِلتَّمْرِينِ عَلَى الْحَرْبِ فَلَا يُحْتَجُّ بِهِ لِلرَّقْصِ فِي اللَّهْو وَالله أعلم

 "Dan telah berdalilkan kumpulan Sufi dengan hadis bab (permainan Habsyah di dalam Masjid) atas harusnya menari dan mendengar alat-alat muzik namun Jumhur Ulama' menolak dakwaan ini dengan berdalilkan terdapatnya perbezaan tujuan, kerana permainan Habsyah dengan alat-alat perang mereka adalah dengan tujuan latihan berperang maka tidak boleh dijadikan hujjah untuk menari kerana suka-suka (semata-mata) wallahua'lam." 

Maka perbuatan tarian sufi dengan besertakan zikir, tidak menunjukkan padanya ada dalil daripada al-Quran atau as-Sunnah. Dan tidak pula dari amalan para sahabat. Bahkan ia sebenarnya dari perbuatan bid'ah yang diada-adakan yang mana ia diingkari oleh para ulama dan para imam. Maka di sana tidak terdapat satupun daripada imam mazhab yang empat -semoga Allah merahmati mereka (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad) mengkhabarkan akan perbuatan tarian ini. Dan tidak pula dikalangan mereka membenarkan supaya orang-orang menghadiri perhimpunan/halaqah ini. Bahkan ia sebenarnya diambil daripada kaum yahudi. 

Ini berdasarkan kepada penjelasan al-Imam al-Thurthusi

وسئل الإمام أبو بكر الطرطوشي رحمه الله: ما يقول سيدنا الفقيه في مذهب الصوفية؟ وأعلم - حرس الله مدته - أنه اجتمع جماعة من رجال، فيكثرون من ذكر الله تعالى، وذكر محمد صلى الله عليه وسلم، ثم إنهم يوقعون بالقضيب على شيء من الأديم، ويقوم بعضهم يرقص ويتواجد حتى يقع مغشيا عليه، ويحضرون شيئا يأكلونه. هل الحضور معهم جائز أم لا؟

وفي مثل هذا نحوه. الجواب - يرحمك الله - مذهب الصوفية بطالة وجهالة وضلالة، وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسول، وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري، لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار قاموا يرقصون حواليه ويتواجدون؛ فهو دين الكفار وعباد العجل؛ وأما القضيب فأول من اتخذه الزنادقة ليشغلوا به المسلمين عن كتاب الله تعالى؛ وإنما كان يجلس النبي صلى الله عليه وسلم مع أصحابه كأنما على رؤوسهم الطير من الوقار؛ فينبغي للسلطان ونوابه أن يمنعهم عن الحضور في المساجد وغيرها؛ ولا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم، ولا يعينهم على باطلهم؛ هذا مذهب مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد بن حنبل وغيرهم من أئمة المسلمين وبالله التوفيق.

al-Imam Abu Bakar al-Thurthusi rahimahullah: apa pendapat mu wahai tuan yang faqih tentang mazhab sufi? Ketahuilah sesungguhnya telah berkumpul jamaah daripada beberapa orang lelaki mereka banyak mengingati/berzikir kepada Allah dan mengingati Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wa sallam (memuji-mujinya). Kemudian mereka menjadikan satu tongkat sebagai penanda dan sebahagian dari mereka berdiri dan melompat-lompat untuk menampakkan kecintaan kepada Allah sehingga di antara mereka tidak sedarkan diri. Dan mereka menyediakan sesuatu untuk dimakan oleh mereka. Apakah menghadiri majlis mereka itu dibenarkan atau tidak?

 Beliau menjawab: “Mazhab sufi adalah adalah batil, dungu dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakannya adalah kawan-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membuatkan patung anak lembu yang boleh bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu. Adapun menjadikan tongkat (seperti yang dilakukan oleh orang-orang sufi sebagai penanda) yang  pertama mengambilnya adalah orang-orang zindiq dengan tujuan untuk menyibukkan kaum muslimin daripada kitabullah.

 Adapun majlis Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya penuh ketenangan, seolah-olah di atas kepala mereka dihinggapi burung. Maka seharusnya  pemerintah dan wakil-wakilnya melarang mereka menghadiri masjid-masjid dan lainnya (untuk menari). Dan bagi seorang yang  beriman kepada Allah  dan hari akhirat, tidaklah halal menghadirinya. Tidak halal membantu mereka melakukan kebatilan. Demikian ini jalan yang ditempuh  oleh Malik,  asy-Syafie, Abu Hanifah, Ahmad dan lainnya dari kalangan imam-imam kaum muslimin.”

[Dinukil oleh al-Imam al-Qurthubi di dalam Tafsirnya 11/237-238 -asy-Syamilah-  dengan sedikit ringkasan] 

Sejumlah ulama yang lain seperti Imam Ahmad, Imam asy-Syafie melarang perbuatan orang-orang sufi yang menyanyi di dalam masjid. Perbuatan mereka  ini dikenali dengan -التغيير- al-Taghbir. Sejenis syair berisi anjuran untuk zuhud di dunia yang dinyanyikan dengan sebahagian hadirin memukul-mukul kayu pada bantal, kulit atau sebagainya sesuai dengan irama lagunya.

 al-Imam asy-Syafie berkata,

خلفت بالعراق شيئا أحدثته الزنادقة يسمونه التغيير يشغلون به الناس عن القرآن.

 “Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis]. 

Semoga penjelasan ini membantu kita semua mendekatkan diri kepada ALlah dengan jalan yang benar dan dengan jalan yang diredhai-Nya. Wallahu a'lam.


Disusun semula: Abu Hurairah Ismail Faruqi

Maraji'

1. Sahih al-Bukhari (Maktabah asy-Syamilah)
2. Sahih Muslim (Maktabah asy-Syamilah)
3. Musnad Imam Ahmad (Maktabah asy-Syamilah)
4. Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari (Maktabah asy-Syamilah)
5. Syarah Sahih Muslim (Maktabah asy-Syamilah)
6. Tafsir al-Qurthubi (Maktabah asy-Syamilah)

No comments:

Post a Comment