Monday, 29 April 2013

kearah yang lebih baik


  • HASIL GANDUM MENINGKAT, RAKYAT MESIR HIDUP LEBIH BAIK DARI ZAMAN MUBARAK

Jika kita ke kampung-kampung di wilayah luar Kaherah ketika ini kita dapat menyaksikan ladang gandum yang menguning sejauh mata memandang kerana ketika ini telah tiba waktu menuai tanaman tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Mesir, Dr.Bassem 'Audah yang turun sendiri ke ladang gandum seawal pagi selepas Subuh melihat sendiri hasil yang bakal dituai oleh petani terdekat ini.

Kelmarin beliau mengumumkan jangkaan hasil gandum yang bakal dituai pada tahun 2013 ini berjumlah 80 ribu tan berbanding hanya 5 ribu tan pada tahun lepas, iaitu pada musim tuaian yang sama. 

Wilayah paling tinggi tuaian gandum ialah dari wilayah Syarqiyah yang menyumbang satu pertiga hasil tuaian seluruh Mesir. 

Kementerian Pertanian pula dalam kenyataan semalam akan mengundang Presiden Mursi sendiri bagi melakukan upacara menuai gandum atas kapasiti beliau sebagai ketua negara. 

Selepas gandum, Kementerian Pertanian mensasarkan tanaman kapas untuk diperkasakan bagi menjana ekonomi negara yang cuba dipulihkan selepas kejatuhannya akibat tangan-tangan Mubarak yang melakukan penyelewengan dan korupsi maha hebat dalam sejarah negara itu. 

Ini hasil kejayaan kerajaan baru yang diterajui oleh Mursi selepas Dr.Bassem Audah hampir beberapa bulan lalu menguatkuasakan peraturan baru bagi pasaran roti (aisy) yang menjadi makan rutin rakyat. Peraturan baru tersebut telah berjaya membasmi rasuah serta penipuan di kalangan pengilang-pengilang roti yang menerima subsidi dari kerajaan yang menjual roti dengan mutu yang rendah dengan mencampurkan bahan-bahan lain dengan tepung gandum. 

Audah beberapa minggu dilihat turun ke kilang-kilang roti dalam siri lawatan mengejut bagi memastikan roti dihasilkan 100 peratus tepung gandum tanpa campuran bahan-bahan lain. 

Sekalipun tanpa Mubarak, rakyat Mesir mampu meneruskan hidup bahkan puluhan kali ganda lebih baik dari zaman Mubarak.

    HASIL GANDUM MENINGKAT, RAKYAT MESIR HIDUP LEBIH BAIK DARI ZAMAN MUBARAK

    Jika kita ke kampung-kampung di wilayah luar Kaherah ketika ini kita dapat menyaksikan
    ladang gandum yang menguning sejauh mata memandang kerana ketika ini telah tiba waktu menuai tanaman tersebut.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri Mesir, Dr.Bassem 'Audah yang turun sendiri ke ladang gandum seawal pagi selepas Subuh melihat sendiri hasil yang bakal dituai oleh petani terdekat ini.

    Kelmarin beliau mengumumkan jangkaan hasil gandum yang bakal dituai pada tahun 2013 ini berjumlah 80 ribu tan berbanding hanya 5 ribu tan pada tahun lepas, iaitu pada musim tuaian yang sama.

    Wilayah paling tinggi tuaian gandum ialah dari wilayah Syarqiyah yang menyumbang satu pertiga hasil tuaian seluruh Mesir.

    Kementerian Pertanian pula dalam kenyataan semalam akan mengundang Presiden Mursi sendiri bagi melakukan upacara menuai gandum atas kapasiti beliau sebagai ketua negara.

    Selepas gandum, Kementerian Pertanian mensasarkan tanaman kapas untuk diperkasakan bagi menjana ekonomi negara yang cuba dipulihkan selepas kejatuhannya akibat tangan-tangan Mubarak yang melakukan penyelewengan dan korupsi maha hebat dalam sejarah negara itu.

    Ini hasil kejayaan kerajaan baru yang diterajui oleh Mursi selepas Dr.Bassem Audah hampir beberapa bulan lalu menguatkuasakan peraturan baru bagi pasaran roti (aisy) yang menjadi makan rutin rakyat. Peraturan baru tersebut telah berjaya membasmi rasuah serta penipuan di kalangan pengilang-pengilang roti yang menerima subsidi dari kerajaan yang menjual roti dengan mutu yang rendah dengan mencampurkan bahan-bahan lain dengan tepung gandum.

    Audah beberapa minggu dilihat turun ke kilang-kilang roti dalam siri lawatan mengejut bagi memastikan roti dihasilkan 100 peratus tepung gandum tanpa campuran bahan-bahan lain.

    Sekalipun tanpa Mubarak, rakyat Mesir mampu meneruskan hidup bahkan puluhan kali ganda lebih baik dari zaman Mubarak.

No comments:

Post a Comment