Saturday, 6 April 2013

Anwar Ibrahim pertahankan Permatang Pauh

Anwar tetap bertanding di Permatang Pauh

Mohd Sabri Said, 05 Apr 2013

PERMATANG PAUH: Teka teki Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di mana akhirnya terjawab apabila beliau menetapkan pendirian untuk bertanding dan mempertahankan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Jelasnya, beliau tidak sampai hati untuk tinggalkan Parlimen Permatang Pauh yang telah sebati dengan jiwanya kerana di sinilah perjuanganya bermula, jatuh bangun dan sebagainya.

Tambahan lagi, disebabkan diwaktu disumbat ke dalam penjara ekoran tuduhan meliwat, rakyat Permatang Pauh tetap berpendirian teguh dengan memberikan sokongan pada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti besar.

"Saya terpaksa tunduk dengan permintaan rakyat di Permatang Pauh dan amnya di Pulau Pinang walaupun pada dasarnya saya berminat buat perubahan berpindah ke parlimen baru di Perak," jelasnya ketika berceramah di padang awam Taman Pauh Jaya semalam.

Pada mulanya Parlimen Permatang Pauh akan memperolehi ahli Parlimen Baru tetapi hasil desakan dan pujukan rakyat termasuk isteri maka niat untuk berpindah terpaksa dilupakan.

Walaupun terpaksa melupakan Parlimen Tambun namun penganti di sana merupakan nama besar yang bijak dan lantang bersuara. Beliau ialah Ketua Sri Kandi PKR, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Sebelah petang, semasa program minum petang dan perasmian Markaz Besar Pakatan Rakyat Permatang Pauh Anwar turut menyebut bahawa ramai rakyat yang bertemunya meluahkan perasaan kurang senang apabila desas desus yang mengatakan hasratnya untuk pindah parlimen ke Perak.

"Jadi bila saya isytiharkan diri untuk mempertahankan Parlimen Permatang Pauh maka semua rakyat Permatang Pauh kena bekerja keras untuk memastikan Pakatan Rakyat menang dan menguasai Putrajaya," katanya.

No comments:

Post a Comment